Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Goreng Cili Kering ( Ringkas Dan Sedap)

author name

📄

Resepi kali ini ialah resepi yang sesuai sebagai menu sarapan pagi. Siapa saja yang tidak pernah makan nasi goreng betul? Resepi nasi goreng ini boleh didapati dimana-mana sahaja di negara Asia Tenggara ini. Ia terkenal di Malaysia, Singapura, Indonesia mahupun Thailand. Walaupun di negara seperi Jepun atau Korea ada juga nasi goreng tetapi tidak semua sesuai dengan selera orang kita.

Resepi nasi goreng kali ini menggunakan cili kering. Cili kering adalah antara bahan yang paling mudah ditemui dinegara kita. Kerana ia tahan lama, mudah dan murah. Selain dari cili kering, resepi ini juga menggunakan belacan sebagai salah satu bahan-bahannya. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Nasi Goreng Cil Kering ( Ringkas Dan Sedap)

Bahan-bahan 

  • 2 – 3 cawan nasi sejuk

Bahan-bahan tumbuk

  • 10 batang cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ genggam ikan bilis
  • ½ inci belacan
  • Garam 2 sudu teh
  • Serbuk perasa 1 sudu teh

Rencah

  • 5 batang kacang buncis (potong bulat)
  • ½ batang lobak merah (potong dadu)

Kaedah

  • Tumbuk bahan cili kering dengan garam dan serbuk perasa hingga lumat. Ketepikan.
  • Sekarang tumbuk pula bahan-bahan tumbuk yang lain.
  • Tumiskan cili kering yang telah ditumbuk lumat, kemudian masukkan bahan tumbuk lain.
  • Masukkan bahan rencah, pecahkan telur. Sebelum telur masak, masukkan nasi pula.
  • Goreng dengan api yang besar. Masukkan kicap manis jika anda suka.
  • Goreng lama dan kacau selalu, ini untuk memastikan nasi tadi benar-benar garing, ini juga tips agar nasi goreng lebuh sedap dan lambat basi.

Rahsia nasi goreng yang sedap ialah di goreng dengan api yang besar dan lama sedikit. Nasinya pula sebaiknya disimpan didalam petiais semalaman. Penggunaan kicap adalah pilihan. Anda boleh guna pelbagai jenis kicap yang anda sukai, contohnya menggunakan kicap masin atau kicap manis. Jika anda ingin tambahkan udang atau ayam pun boleh jika anda suka.

Jadi jangan lupa mencubanya segera sebagai pilihan menu anda. Bahannya pasti telah tersedia dirumah kerana ia menggunakan bahan yang sangat ringkas. Cuba hari ini ya!

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *