Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuah Dhal Masakan India Paling Sempoi

Resipi kali ini adalah resipi kuah dal yang biasanya dihidang didalam majlis perkahwinan bersama nasi minyak atau nasi briyani. Antara bahan bahan yang digunakan ialah kacang dal, sayur seperti terung, lobak merah dan kentang. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Kacang dal 1 pek kecil (rendam semalaman dengan serbuk kunyit)
  • *rebus hingga separuh empuk

Bahan tumis

  • Halba campur
  • Cili keringĀ 
  • Daun kari
  • Bawang putih hiris
  • Bawang besar hiris
  • Minyak sapi + minyak masak sedikit

Bahan lain

Kentang

  • Terung
  • Lobak merah
  • Kacang panjang
  • *potong semua agar sama besar
  • Kaki ayam (pilihan)
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • *semua bahan adalah mengikut anggaran sendiri

Kaedah

  • Panaskan periuk bersama minyak sapi dan tambah sedikit minyak masak.
  • Tumis bahan tumis hingga naik bau dan tambah bahan lain.
  • Tambah kacang dal yang telah direbus tadi bersama sedikit air rebusan
  • Masak hingga semua bahan empuk baru tambah garam dan ajinomoto
  • Siap!

Terdapat beberapa jenis kacang dal dipasaran seperti kacang dal berwarna kuning dan oren. Apapun kacang dal yang digunakan, pastikan anda merendam ia beberapa jam sebelum digunakan agar lebih cepat empuk. Selamat mencuba!Ā 

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!