Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Pandan Layer Boleh Buat Sendiri Buat Apa Beli

author name

📄

Resipi ini merupakan resipi kek yang sedap dan ia merupakan kombinasi puding dan kek. Kek pandan layer diperbuat daripada kek span pandan dan puding pandan 

Walaupun nampak rumit sebenarnya ianya mudah untuk disediakan jika anda tahu apakah rahsianya.Antaranya penyediaan puding, ianya haruslah dimasak sehingga ianya mengeluarkan letupan letupan kecil kemudian barulah dia tutup api dan diibiarkan sejuk sebentar barulah digunakan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang akan yang boleh anda dapati di kedai yang berdekatan

Bahan utama

  • 1 biji kek span pandan saiz 8”
  • Bahan Kastad pandan 

A (larut n tapis)

  • 100ml jus pandan (kisaran daun pandan)
  • 200g santan 
  • 100g tepung hoen kwe
  • 1tsp emulco pandan 
  • 1 tsp garam 

B (didihkan)

  • 900ml air
  • 3/4cawan gula
  • 1 pek serbuk agar2

Kaedah

  • Potong kek span pandan pada 4 lapisan, ketepikan
  • Didihkan bahan B
  • Kemudian campurkan dgn A dan masak hingga ia meletup2.
  • Tunggu sejuk sebentar.
  • Dalam loyang saiz 9” tuang 1 bahagian kastad pandan dan kemudian tutup dengan 1 lapisan kek.
  • Ulang untuk lapisan kek seterusnya.
  • Sejukkan dalam peti ais sebelum keluarkan dari loyang selepas 4 jam.
  • Hias dengan serbuk kelapa kering jika suka.
  • Siap.

Kek inii sangat sedap dan sesuai dijadikan sebagai menu minum petang aau dihidangkan didalam majlis keraian atau kenduri kendara.Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.