, , , ,

Resepi Ikan Salmon Salad Wakame Family Mart Simple Tapi Sedap

Oleh:

Resepi seterusnya ini adalah satu hidangan yang lazimnya di hidang direstoran dengan harga yang agak mahal. Ikan salmon bersama salad ini sebenarnya amat mudah dan murah untuk disediakan kerana bahan-bahan bagi penyediaannya amat mudah didapati terutama jika anda menetap disekitar Lembah Klang.

Dalam penyediaan ikan salmon ia tidak memerlukan bahan-bahan perapan yang rumit cuma sekadar garam bersama lada sulah. Ini kerana ikan salmon mempunyai rasanya yang lain dari yang lain walaupun bagi sesetengah orang baunya agak kuat namun sedikit jus lemon mampu mengurangkan bau tersebut. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang telah digunakan dalam resepi ini.

Bahan-bahan

  • Sekeping ikan salmon
  • Garam dan serbuk sulah secukupnya.
  • Hirisan lemon 
  • Salad wakame Family mart 1 pek

Kaedah

  • Perisakan ikan dengan garam dan serbuk sulah secukupnya.
  • Panaskan kuali dengan minyak zaitun atau pure butter.
  • Apabila ikan telah garing, alih dan letakkan dalam pinggan yang besar.
  • Hidang bersama salad yang telah siap dibeli dan juga hirisan lemon.
  • Siap!

Ikan salmon sangat kaya dengan omega dan lemak sihat manakala salad sayur sangat baik kerana tinggi vitamin pelbagai mineral oleh itu sebaiknya jadikan hidangan ikan salmon dan salad sebagai sebahagian dari hidangan untuk keluarga anda,selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini