Resepi Ikan Cencaru Grill (Cara Ringkas)

Resepi seterusnya merupakan sejenis masakan ringkas orang kampung, yang sangat sedap. Masakan berasaskan ikan ini, dahulunya biasa dimasak oleh orang kelas bawahan. Oleh kerana dahulu, minyak adalah sesuatu yang mahal, jadi orang dahulu jarang mengoreng sebaliknya hanya mengrill atau membakar atau bakar tanpa sebarang bahan kecuali garam.

Oleh itu perkongsian kali ini merupakan satu lagi resepi yang secara peribadi Madam rindukan kerana ia adalah kesukaan arwah ayah Madam. Hidangan ini dilengkapkan dengan air asam dan sayur ulam. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Ikan Cencaru Grill

Bahan-bahan

  • 2 -3 ekor ikan cencaru
  • Sedikit serbuk kunyit (pilihan:
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 camca teh minyak masak

Bahan Air Asam

  • 15 biji cili padi siam, kaler merah
  • 2 biji bawang merah, dibakar hingga layu
  • 1 inci belacan, bakar hingga wangi
  • 5 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • Gula secukup rasa

Kaedah

Ikan bakar

  • Ikan disiang bersih, tanpa membuang kulit kerasnya.
  • Cuci bersih terutama bahagian perut ikan tadi. 
  • Lumur dengan sedikit garam dan juga minyak masak, gaul rata. 
  • Perap sekejap (10 – 15 minit) dan grill didalam kuali dengan sedikit minyak masak.

Air Asam

  • Hiris semua bahan dan campur serta gaul hingga sebati.
  • Siap.

Bagi anda peminat pasti suka akan masakan ringkas ini. Tetapi ikan cencaru perlulah dibersihkan betul terutama bahagian dalam perutnya. Cuci menggunakan asam limau atau asam jawa bagi membuang hanyirnya. Dengan ini diharap anda sudi mencuba resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Ikan Sardin Singgang

Resepi Ikan Bakar Tempoyak

Resepi Grilled Salmon Herbs


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *