Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Donat Sejuk Beku Versi Lembut Tak Perlu Uli Teruk

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi penyediaan donat untuk doh sejuk bekukan. Donat merupakan salah satu kuih yang amat digemari masyarakat kita terutama sebagai hidangan minum petang atas dihidangkan dalam majlis majlis seperti keraian. Ada pelbagai jenis donat yang boleh didapati dan ia juga terdapat didalam pelbagai versi resepi. 

Perkongsian kali ini menunjukkan kepada anda cara mudah untuk buat donat dimana ianya tidak perlu diuli kuat sekadar mengaulkan doh hingga melekat dan tidak lagi melekat dijari. Malah yang lebih menarik resepi donat ini sesuai sebagai donat sejuk beku,baiklah berikut adalah bahan-bahan dan kaedah pembuatannya.

Bahan-bahan

A

  • 2 cawan air suam
  • 3 tbsp susu manis
  • 3 tbsp gula
  • 1 pek yis mauripan
  • *campur dan biarkan ia berbuih

  • 5-6 tepung gandum (lebih kurang 1 kg)
  • 1 tbsp bread improver
  • 1tsp garam

C

  • 3-4 tbsp butter/marjerin

Kaedah

  • Sediakan bahan B tetapi mulakan dengan 1 cawan tepung dahulu.
  • Kacau dan gaul sebati dan selepas itu baru masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli
  • Bila doh mulai bergumpal tambah butter dan terus uli.
  • Bairkan doh naik sekali ganda dan pastikan anda tutup doh supaya tidak kering.
  • Timbang 1 ketul donat lebih kurang 30g setiap satu untuk saiz mini
  • Kalau saiz besar timbang 40-50g setiap satu..
  • Bulatkan dan tebuk lubang dibahagian tengah menggunakan sebarang alat yang sesuai.
  • Biarkan ia naik sebentar kemudian goreng dengan minyak yang tidak terlalu panas.
  • Goreng separuh masak sahaja dan kemudian sejukkan sebelum dibekukan.
  • Siap!

Istimewa donat ini kerana ianya tetapi lembut walaupun telah sejuk. Kalau suka boleh gaul dengan gula halus tetapi donat ini juga sedap dimakan begitu sahaja. Selain dari itu anda juga boleh buat burger Malaysia dengan resepi ini. Selamat mencuba! 

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.