Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Chili Garlic Prawn Lebih Sedap Dari Restoran

Resipi kali ini adalah resipi makanan laut yang sangat mudah untuk disediakan namun menjadi kegemaran para peminat makanan laut. Udang goreng cili bersama bawang putih ini merupakan salah satu menu popular yang terdapat di restoran-restoran. Udang digunakan di dalam resipi ini ialah yang bersaiz XL dan kemudian ia digoreng sebelum ditaburi dengan bawang putih dan serbuk cili. Ia juga sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan sampingan pembuka selera. 

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ringkas ini berikut adalah bahan-bahan yang digunakan di dalam resipi ini anda dapati di kedai yang berdekatan

Bahan utama

  • 1/2 kilo udang saiz extra besar, gaul dengan garam

Bahan tumis

  • 10-20 ulas bawang putih dicincang halus.
  • 1 biji bawang potong dadu 
  • 2-3 tbsp serbuk kepingan cili

Kaedah

  • Goreng udang sehingga masak (jangan terlalu garing)
  • Toskan udang yang telah digoreng.
  • Kurangkan sedikit minyak dan kemudian goreng bawang putih sehingga ia sedikit garing.
  • Alihkan.
  • Tambah sedikit minyak jika perlu kemudian tumis bawang besar.
  • Masak hingga ia layu dan kemudian masukkan udang.
  • Taburkan bawang putih tadi.
  • Akhir sekai taburkan serbuk kepingan cili.
  • Siap!

Udang yang digunakan di dalam ini tidak perlu dibuang kulit hanya gunting hujung kepalanya dan bahagian belakang kerana ia mempunyai duri. Udang digoreng tidak terlalu garing agar manis udang tidak hilang. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!