,

Resepi Nasi Goreng Udang Garlic Simple Yang Amat

Oleh:

Resepi kali ini ialah resepi mudah untuk menyediakan nasi goreng yang sedap dan sangat cepat untuk disediakan. Paling menarik bagi peminat udang, resepi ini sangat sesuai bagi anda. Penyediaan nasi goreng udang garlic ini atau bawang putih ini amat mudah dan cepat untuk disediakan, jadi ia amat sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi ataupun makan malam terutama bila kesibukan untuk menyediakan hidangan yang mudah dan sedap.

Baiklah, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Udang saiz XL ( perasakan dengan garam)
  • Nasi sejuk 
  • Bawang putih cincang
  • Cili kering potong pendek-pendek
  • Telur
  • Sos ikan atau kicap cair secukup rasa. 

Kaedah

  • Mula-mula goreng udang dan ketepikan.
  • Selepas itu goreng telur dan hancurkan, ketepikan.
  • Dengan menggunakan minyak yang sama (tambah jika perlu) tumis bawang putih.
  • Selepas itu masukkan cili kering dan nasi sejuk.
  • Goreng dengan api yang besar.
  • Tambah kicap cair atau sos ikan.
  • Akhir sekali masukkan udang dan telur yang telah digoreng awal tadi.
  • Goreng sebentar supaya semua bahan serasi dan sebati.
  • Siap! 

Untuk mendapatkan rasa premium, gunakan udang laut yang bersaiz XL. Udang digoreng lebih awal kerana rasanya manis dan lebih sedap apatah lagi bila digoreng bersama kulitnya, kalau suka boleh juga kopek kulitnya dahuluSelamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]