Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Blondie Bar Brownies Putih Dengan Choc Chip Asyik Sekali

author name

Resipi berikut adalah resipi blondie bar iaitu sejenis manisan seperi brownies tetapi berwarna cerah. Ini kerana disebalik penggunaan coklat didalam brownies l, blindie bar tidak menggunaka coklat sebaliknya antara bahan-bahan yang digunakan selain butter ialah gula perang, telur dan gula. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan salted butter (cair)
  • 1 cawan penuh gula perang 
  • 1 biji telur
  • 2 tsp esen  vanila 
  • 1 cawan tepung serba guna
  • 1 cawan dark coklat coin/chip

Kaedah

  • Panaskan ketuhar hingga 170c. 
  • Alas loyang saiz 9 inci yang telah dioles dengan minyak dengan kertas minyak 
  • Dalam mangkuk adunan pukul mentega dan gula perang hingga sebati.
  • Masukkan telur dan esen vanila serta kacau sebati.
  • Tambah tepung dan kaup hingga semua bahan sebati.
  • Akhir sekali masukkan choc chip ata choc coin (simpan sedikit untuk hiasan jika anda suka)
  • Bakar pada suhu 170c selama 20-25 minit atau hingga ia masak dan perang.
  • Sejukkan sebentar sebelum dipotong menjadi empat segi sama.
  • Siap!

Jika anda suka anda boleh tambah kacang-kacang seperti walnut atau badam. Didalam resepi ini choc coin digunakan sebagai inti didalamnya. Jadi terpulang pada daya kreativiti dan selera anda, selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.