Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Phad Phet Ala Thai Viral Seantero Malaysia

author name

Resepi kali ini telah menjadi tular hasil perkongsian penggemar masakan Thailand yang mempunyai rasa yang amat kena dengan selera orang tempatan. Dalam resepi ini bahan-bahan yang digunakan amat mudah ditemui dinegara kita seperti daun limau purut, sos ikan,serai dan cili api. Bahan-bahan ini telah menjadi identiti masakan Thailand dan ianya tidak banyak beza banding masakan kita.

Namun bagi anda yang ingin kelainan dalam masakan harian anda, apa kata anda cuba resepi ini yang amat mudah untuk disediakan. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan kisar:

  • Kunyit hidup 1 inci
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Serai bahagian putih sahaja 2 batang
  • Daun limau purut  3 helai ( buang bahagian tengah)
  • Cili api 10 ulas
  • Halia 1 inci
  • Jus limau nipis 1 tbsp

Bahan utama

  • Ayam 1 ekor (potong 24 bahagian)
  • Perap ayam dengan garam dan kunyit dan goreng tidak terlalu garing

Kaedah

  • Tumis semua bahan kisar hingga naik bau.
  • Selepas itu masukkan ayam dan tambah garam serta serbuk perasa secukupnya.
  • Masak hingga pekat sebelum tutup api.
  • Siap!

Masakan ini amat sedap terutama bila dipanas berulang kali, rasanya seperti rendang tapi kerana ia tidak menggunakan santan ia sedikit lain. Penggunaan daun limau purut, sos ikan, jus limau memberi rasa yang sedikit beza tapi amat sedap. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.