Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Air Tembikai Laici Sungguh Menyegarkan Dinikmati Ditengahari

author name

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi minuman yang menyegarkan. Air tembikai laici merupakan salah satu menu pilihan jika berada direstoran atau gerai masakan panas. Minuman ini digemari khususnya oleh peminat minuman sejuk kerana kerana gabungan laici dan tembikai amat menyegarkan. Minuman sebenarnya amat mudah untuk disediakan dan bahan-bahan yang digunakan juga amat mudah untuk didapati, baiklah berikut adalah cara menyediakan minuman ini.

Bahan-bahan

  • 2 potong buah tembikai tanpa biji.
  • 4 biji buah laici dalam tin
  • Gula secukupnya
  • Air batu

Kaedah

  • Mula-mula kisar buah tembikai,gula bersama 2 biji buah laici dan sedikit air dari dalam tin laici..
  • Didalam gelas pilihan anda, tambah ais dan baki buah laici.
  • Tuang bahan yang dikisar.
  • Siap!

Jika anda suka manis, bolehlah tambah sukatan gula mengikut citarasa anda. Air tembikai laici mempunyai rasa yang sedikit masam tetapi juga manis. Jadi terpulanglah pada citarasa anda untuk menganggarkan sendiri manisnya. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.