, ,

Resepi Jus Tembikai Yang Sedap Menyegarkan

Oleh:

Resepi ini merupakan sebuah menu minuman yang popular dan papling mudah ditemui dimana-mana sahaja direstoran mahupun cafe ataupun gerai-gerai yang terdapat dinegara kita ini. Buah tembikai merupakan buah yang mempunyai kandungan air yang tinggi dan mempunyai rasa manis yang amat menyegarkan. Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara mudah untuk menyediakan air tembikai yang menyegarkan ini.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan, jika anda ingin membuat minuman pada jumlah yang sedikit, anda boleh juga membeli potongan buah tembikai yang banyak dijual.

Bahan-bahan

  • ½ biji buah tembikai
  • 125 gm gula pasir
  • 125 ml air
  • Air batu secukupnya 

Kaedah

  • Potong kiub buah tembikai.
  • Masukkan tembikai,gula dan air didalam mesin pengisar
  • Kisar semua bahan hingga halus.
  • Tuang didalam gelas tinggi dan tambahkan air batu.
  • Siap!
Resepi Jus Tembikai Yang Sedap Menyegarkan 1
Buah tembikai
Image via Google
Resepi Jus Tembikai Yang Sedap Menyegarkan 2

Bagi menambah rasa, anda juga boleh menambah sedikit jus limau kasturi. Ia akan memberi satu sensasi menarik disamping rasa buah tembikai yang manis. Hidangkan kepada keluarga sebagai hidangan diwaktu makan utama seperti makan malam atau tengahari hujung minggu nanti.Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[the_ad id='13630']

Leave a Comment