Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Air Jagung Float Tersedap Ikut Tekak Confirm Syiok

author name

📄 ,

 Resipi kali ini merupakan hidangan minuman yang menyegarkan serta memuaskan. Air jagung float adalah air jagung yang dihiasi dengan aiskrim vanila, jadi dapatlah anda bayangkan keenakan. Antara bahan yang digunakan didalam resepi ini ialah jagung krim dalam tin, kordial jagung, aiskrim vanila, susu manis dan juga susu segar.Minuman ini mudah didapati direstoran dengan harga yang agak mahal, namun buat apa beli kalau boleh buat sendiri!

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 tsp kordial jagung
  • 2 tbsp Susu cair
  • 2 tbsp Susu pekat manis
  • 1 skop aiskrim vanila
  • Garam 
  • 2 tbsp krim jagung dalam tin 

Kaedah

  • Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar.
  • Tambah air batu dalam gelas pilihan anda.
  • Tuang air jagung yang telah dikisar tadi.
  • Tambahkan 1 skop aiskrim sebelum dihidang.
  • Siap!

Anggaran atau sukatan susu manis boleh diubah mengikut selera anda, atau anda boleh menggantikan gula dan kurangkan sukatannya jika anda tidak  suka terlalu manis. Ada banyak versi air jagung yang anda boleh cuba namun resepi ini adalah antara yang tersedap! Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.