Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Air Soya Cincau (Minuman Gerai)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman yang popular sejak sekian lama. Soya cincau merupakan satu kombinasi air soya dengan air cincau. Mengimbau ketika zaman Madam muda remaja, pertama kali minum air soya cincau pulang dari sekolah sememangnya menyegarkan. 

Air soya merupakan sejenis minuman yang diperbuat dari kacang soya yang direndam kemudian dikisar dan dimasak airnya. Manakala air cincau diperbuat blok cincau yang boleh dibeli dipasar, kemudian ia dipotong dadu atau disagat dan ditambah dengan air gula.Oleh itu kali ini Madam akan kongsikan resepi air soya cincau ini, dimana bagi anda yang kepingin bolehlah mencubanya sendiri.

Resepi Air Soya Cincau (Minuman Gerai)
Bahan-Bahan

  • 1 gelas jus soya buatan sendiri
  • 100 gm cincau
  • Ais kiub

Bahan untuk Jus Soya

  • 100 gm kacang soya
  • 2 cawan air masak
  • 2 sudu gula pasir

Kaedah 

  • Rendamkan kacang soya selama 4 hingga 5 jam. 
  • Kisar kacang soya tersebut. 
  • Tapiskan kacang soya tersebut dan masak jus soya itu.
  • Campurkan jus soya dengan gula pasir. 
  • Angkat dan sejukkan untuk seketika.
  • Tuangkan jus soya ke dalam gelas kemudian masukkan cincau yang telah dihiris halus dan masukkan ais kiub. Minuman ini sedia untuk dihidangkan.

Minuman ini boleh dianggarkan sendiri tahapa kemanisannya, malah anda boleh memilih untuk tidak meletakkan gula langsung agar ia lebih sihat. Untuk rasa yang lebih sedap, buat air soya lebih awal dan simpan didalam peti ais semalaman. 

Begitulah amat mudah untuk membuat air soya cincau, Madam harap anda akan sudi mencuba resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Cha Ba Ang

Resepi Air Soda Herbs

Resepi Sirap Bandung

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *