Resepi Air Soda Herbs ( Macam Dicafe)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman yang popular sejak akhir-akhir ini. Soda herbs atau dalam bahasa melayu ialah herba bersoda, adalah air bikarbonat yang dicampur dengan beberapa bahan herba. Air soda yang digunakan didalam resepi ini ialah aiskrim soda yang sememangnya selalu diguna didalam resepi mocktail. Ini kerana ia mempunyai rasa dan bau yang enak.

Manakala herba yang diguna didalam resepi ini ialah serai dan daun pudina kerana kedua herba ini mempunyai aroma dan rasa yang kuat. Lemon dan asam boi ditambah sebagai mengimbangkan rasa manis dari aiskrim soda tadi.

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi kali ini.

Resepi Air Soda Herbs ( Macam Dicafe)

Bahan-bahan

  • 2 batang serai d ketuk
  • 1 hiris lemon dipotong bulat
  • 2-3 helai daun pudina
  • 3 biji laici dalm tin
  • 1 biji asam boi (pilihan)
  • 1 gelas aiskrim soda¬†
  • Ais secukup

Kaedah

  • Campurkan semua bahan kecuali aiskrim soda dan ais didalam gelas yang menjadi pilihan.
  • Menggunakan sudu, tekan-tekan agar jus dr serai dan bahan-bahan lain keluar.
  • Masukkan ais, tambahkan aiskrim soda sehingga gelas penuh.
  • Hiasi mengikut daya kreativiti anda.

Minuman ini sangat sedap dihidangkan dimusim panas. Penggunaan daun pudina dan serai sememangnya padan dengan rasa aiskrim soda ini. Minuman ini biasanya terdapat didalam menu minuman di cafe-cafe dan restoran yang mahal dan esklusif. Jadi harganya juga tidaklah murah, tapi kini dengan adanya resepi ini anda boleh membuatnya sendiri. 

Jadi cubalah resepi ini dihujung minggu nanti bersama keluarga yang tersayang, mereka pasti suka akan rasanya. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *