Koleksi 10 Resepi Makanan Untuk Kanak-kanak Idea Marbeles Tarik Selera Anak

Koleksi kali ini menghimpunkan 10 resepi masakan yang sesuai bagi kanak-kanak yang biasanya amat gemar pada masakan yang kurang berempah,pedas atau berminyak, selain itu hidangan anak-anak perlulah yang berkhasiat dan juga menarik seperti berwarna-warni. Namun begitu sumber warna mestilah yang datang daripada sumber semulajadi yang datang dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain dari itu ia mestilah kurang garam mahupun gula kerana ginjal anak-anak yang masih mudah mestilah dijaga. Jom lihat 10 hidangan yang sesuai untuk kanak-kanak yang boleh anda cuba sendiri.

1) Resepi Dadih

Resepi ini telah dikongsikan oleh Azma Mj dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Dadih merupakan sejenis resepi pencuci mulut yang sangat sesuai dan sangat digemari oleh anak-anak. Ianya paling sedap dimakan ketika sejuk dan digemari kerana ia mempunyai pelbagai perisa yang boleh diubah suai mengikut citarasa anak-anak, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda cuba sendiri

Bahan – bahan:

  • Agar-agar 1 pek
  • 3 kotak susu (pek 1 liter) (susu full cream, strawberry, coklat, cappucino,mocha)
  • Gula
  • Garam
  • Air 3 liter

Cara penyediaannya:

  1. Masak air bersama agar2, sukatan air untuk satu pek agar2 ialah 3 liter.
  2. Masukkan gula sebanyak 500 gram dan sedikit garam. Bila dah mendidih masukkan susu, masa ni dah boleh tutup api dah cuma jgn berhenti kacau.
  3. Sebelum tuang ke dalam bekas, tapis dulu. Biarkan sejuk sikit baru tutup bekas tu, kalau tak nanti berwap dekat penutup tu so nampak tak cantik.
  4. Siap!

P/s: Boleh tambahkan jelly untuk menjadikan dadih nampak lebih menarik.

2) Resepi Smiley Potato

Resepi ini menggunakan kentang yang direbus kemudian di gaul bersama beberapa bahan dan dibantu menyerupai muka orang yang tersenyum. Pasti digemari oleh anak-anak dan cara menjadi ini juga sangat mudah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 5 biji ubi kentang
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar ‘breadcrumb’
  • Garam secukupnya 
  • Serbuk lada hitam (pilihan)
  • Minyak untuk menggoreng

Kaedah

  • Buang kulit kentang dan direbus hingga empuk. Toskan.
  • Kentang dilenyekkan sehingga hancur kemudian dimasukkan tepung jagung,  breadcrumb, garam dan serbuk lada hitam. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan.
  • Canaikan doh tadi dan tekapkan bulat-bulat menggunakan acuan yang sesuai
  • Guna straw untuk bentuk matanya dan guna sudu untuk bentuk senyumannya.
  • Dengan minyak yang banyak dan panas, goreng sehingga smiley potato ini garing.
  • Tos sebelum dihidangkan.
  • Siap!

3) Resepi Sup Telur 

Resepi seterusnya ini merupakan resepi yang sangat mudah untuk disediakan dan ianya sesuai untuk anak-anak terutamanya bagi yang tidak berselera untuk makan dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai yang berdekatan.

Bahan-bahan

  • 4 – 5 biji telur gred B
  • 1 cekak suhun, kerat pendek dan rendam hingga lembut
  • 60 gram fucuk potong kecik dan rendam hingga lembut
  • 3 ulas bawang putih, tumbuk pecah
  • Anggaran 1 sudu besar ikan bilis 
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam kisar (pilihan)

Kaedah

  • Sediakan periuk dan sedikit minyak.panaskan.
  • Tumis bawang putih sehingga naik bau
  • Masukkan ikan bilis dan biarkan sehingga garing sebentar.
  • Kemudian baru masukkan air anggaran 500ml
  • Biarkan sup mengelegak dahulu beberapa minit.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa 
  • Masukkan fucuk ,suhun dan disusuli telur sebiji demi sebijik.
  • Tutup apabila telur telah masak
  • Siap!

4) Resepi Jus Carrot Susu

Resepi ini merupakan sejenis resepi minuman yang sangat berkhasiat dan mudah untuk disediakan. Kawal sukatan gula dan susu manis agar ianya tidak terlalu manis jika ianya dihidang untuk kanak-kanak. Baiklah berikut adalah bahan-bahan dan cara untuk menyediakan minuman ini

Bahan-bahan

  • 1 biji lobak merah – potong dadu/kecik2
  • ½ air 
  • 2 sudu makan susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat 
  • Ais secukupnya

 Kaedah

  • Bersihkan lobak merah dan potong dadu
  • Masukkan lobak merah,susu manis,susu cair dan tambah jika perlu.
  • Kisar sehingga halus.
  • Sediakan penapis dan tuang dalam gelas yang telah ditambah ais.
  • Buang hampas dan sedia untuk dinikmati.

5) Resepi Smiley Cookies

Resepi ini amat sesuai dihidangkan untuk anak-anak terutamanya sebagai hidangan di dalam majlis sambutan hari jadi. Ianya telah dikongsikan oleh Nor Izan Mustapa di laman Facebook. Cara penyediaannya juga sangat ringkas dan anda juga boleh mengajak anak-anak anda membuatnya bersama. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 125 gram butter/marjerin,
  • ¼ (30 gram) gula aising diayak,
  • 1 1/3 cawan (170 gram) tepung gandum,
  • 2 sudu besar (20 gram) tepung kastad,
  • ½ sudu kecil esen vanilla,
  • Choc chips,
  • Coklat masakan.

Cara-cara :

  1. Ayak tepung gandum dan tepung kastad, ketepikan.
  2. Satukan butter dan gula aising, kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanila, sebatikan lagi.
  4. Masukkan tepung yang diayak dan uli hingga doh tidak lekat pada jari.
  5. Simpan sekejap dalam peti ais selama 15 minit.
  6. Canai dan terap guna acuan bulat bergerigi.
  7. Letak choc chip sebagai mata.
  8. Guna hujung sudu dan tekan bawah doh untuk buat bentuk mulut.
  9. Bakar pada suhu 180 selama 18-20 minit.
  10. Biarkan sejuk sebelum letak choc cair di tengah biskut dan letak biskut lain diatasnya.

6) Resepi Mee Suah

Seterusnya ialah resepi yang sangat sesuai dijangkakan bagi kanak-kanak kerana dia ianya kurang pedas dan juga rasanya sangat sedap anda boleh mengguna isi ayam sebagai rencah dan tambahkan sedikit sayur untuk mengalak anak-anak makan sayur. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 pekat mee suah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang merah
  • Sepokok siew bak choy -dicelur
  • I biji telur
  • 2 keping cendawan jeli  hitam-direndam hingga lembut
  • Daging rebus atau Isi ayam atau udang
  • 2 cawan air rebusan daging atau ayam atau  ikan bilis
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa

Kaedah 

  • Cincang bawang putih dan goreng hingga garing dan wangi
  • Angkat dan toskan 
  • Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang merah hingga garing
  • Masukkan air rebusan daging dan cendawan jeli hitam
  • Perasakan dengan garam dan lada sulah
  • Masukkan telur kedalam sup atau boleh dibuat poaches egg
  • Didalam periuk berasingan celur mee suah hingga sedikit lembut dan toskan
  • Hidangkan bersama sayur siew bak choy, gorengan bawang putih dan cili bertaucu kalau suka.

Bahan-bahan cili kicap bertaucu

  • 6 biji cilipadi – diracik halus
  • 1 sudu besar taucu masin
  • 1 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar cuka

Kaedah

  • Gaul semuanya hingga sebati

7) Resepi Laici Susu

Resepi ini merupakan satu lagi resepi minuman yang sangat sedap dan  menyegarkan walaupun begitu ia menggunakan laici di dalam tin jadi anda perlu mengawal sukatan gula agar ianya tidak terlalu manis atau gunakan susu full cream atau fresh milk agar ianya menjadi minuman yang berkhasiat berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • ½ tin susu manis
  • Gula secukupnya
  • 1 liter air sejuk
  • Air batu secukupnya

Kaedah 

  • Campurkan semua bahan susu dahulu dan kacau sebati.
  • Kemudian tambahkan air dari laici tin.
  • Kacau dan kemudian rasa, jika kurang manis tambahkan gula atau susu pekat.
  • Masukkan isi laici dan sedia untuk dihidangkan.

8) Resepi Cucur Manis Kembung

Resepi ini merupakan sejenis masakan yang sesuai dihidang sebagai snek minum petang dan ia pasti digemari ana-anak kerana rasanya yang manis dan berlemak. Tambahan pula cara membuatnya agak mudah, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1  cawan tepung gandum
  • 1  cawan air panas 
  • ¼ cawan susu pekat manis (Ikut kemanisan)
  • secubit garam

.

Kaedah

  • Satukan tepung bersama garam dan susu pekat manis
  • Tuangkan air panas sedikit-sedikit, dan kacau dengan senduk atau sudu hingga adunan menjadi pekat dan bergerak perlahan apabila ia diangkat.
  • Biarkan doh sejuk sebentar.
  • Panaskan minyak. Pastikan minyak benar-benar panas dengan api yang sederhana.
  • Basahkan tangan dan ambik secukupnya adunan untuk digoreng, guna kuali kecil agar anda dapat mengoreng satu demi satu cucur.
  • Adunan ini akan kembung apabila digoreng satu persatu.
  • Tos didalam penapis yang dilapik tisu dapur.
  • Siap.

9) Resepi Waffle Rangup

Resepi berikut merupakan perkongsian dari Norhayati Yet yang berkongsi di laman Facebook. Waffle merupakan salah satu makanan yang sangat digemari oleh anak-anak terutama ketika berada di supermarket. Walaupun begitu sebenarnya anda boleh menyedianya sendiri di rumah anda jadi bolehlah anda berjimat dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan kering :

  • 3 cawan tepung naik sendiri/tepung roti,
  • ½ cawan horlick (saya campur serbuk jagung),
  • ½ sudu besar yis kering,
  • 1 sudu besar gula,
  • ½ sudu kecil garam,
  • ½ sudu kecil baking soda.
  • Campurkan semua bahan di atas, gaul sebati, ketepikan dulu.

Bahan basah :

  • 2 2/3 cawan (620 gram) susu full krim/segar,
  • 115 gram butter,
  • 2 biji telur.

Cara-cara :

  1. Campurkan susu dan butter dalam periuk.
  2. Panaskan dengan api kecil hingga butter cair. (Boleh juga panaskan guna microwave)
  3. Jika butter cair, tutup api. Campuran ini mestilah suam kuku, tujuannya untuk aktifkan yis.
  4. Kalau terlalu panas, sejukkan dulu.
  5. Apabila campuran tadi sudah suam, masukkan telur. Pukul sebati guna whisk.
  6. Tuang bahan ke dalam bekas bahan kering tadi. Pastikan guna bekas besar sebab adunan akan mengembang.
  7. Kacau sebati gunakan whisk. Tutup bekas tadi rapat-rapat atau cover guna plastik food wrapper.
  8. Rehatkan adunan 10 minit hingga 2 jam lebih pada suhu bilik.
  9. Semakin lama adunan dibiarkan, semakin gebu waffle nanti. Saya biarkan adunan 2 jam lebih, dari separuh bekas ia mengembang 2 kali ganda penuh bekas tadi.
  10. Jika adunan sudah siap, boleh panaskan waffle maker.
  11. Tuang adunan tadi dan masak hingga keperangan dan garing. (Timing bergantung pada jenis waffle maker, sila rujuk manual waffle maker anda).

Nota :

  1. Adunan ini boleh disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti ais tapi dengan syarat adunan sudah rehat pada suhu bilik selama lebih 2 jam.
  2. Bila ingin makan waffle, boleh guna adunan yang disimpan dalam peti ais tadi. Siap.

10) Resepi Apam Kartun Unicorn

Resepi  terakhir di dalam koleksi ini merupakan perkongsian Amnah Hj Abdullah di laman Facebook.Ia adalah  resipi apam yang telah dilukis menjadi corak unicorn. Apam ini sangat sesuai jika ingin anda jadikan sebagai bekal anak kesekolah ataupun sebagai satu hidangan sampingan di dalam majlis seperti majlis akhir tahun di sekolah. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan Untuk ±50 Biji Apam :

  • 3 biji telur ayam gred A (sejukkan),
  • 1 cawan gula halus (blend gula kasar),
  • 2 setengah cawan tepung naik sendiri (MFM),
  • 200 ml susu full cream (jangan yang sejuk)
  • 1 sudu besar ovallete,
  • 1 sudu teh perisa atau esen vanilla,
  • *Guna cawan biasa untuk minum petang.

Cara-cara :

  1. Asingkan putih dengan kuning telur.
  2. Pukul putih dulu sampai kembang, jika sudah kembang masukkan kuning telur.
  3. Jika sudah sebati masukkan gula. Masa ini boleh kacau kelajuan tinggi tapi bila sudah letak ovallete jangan high speed lagi untuk elakkan bancuhan mengembang dan jadi kental, susah lukis.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan susu selang seli. Susu jangan tuang semua terus, tengok dulu kalau bancuhan elok kepekatannya tidak payah tuang habis, sebabanya telur tidak sama pun size setiap kali beli.
  5. Terus masukkn perisa atau esen vanila.
  6. Jika sudah siap lukis kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit tengok saiz periuk kukus.

Itulah dia 10 resepi masakan yang sesuai dihidangkan untuk kanak-kanak. Dalam penyediaan makanan untuk kanak-kanak kita haruslah kreatif untuk menjadikan hidangan itu menarik dengan menggunakan makanan yang mempunyai warna terang seperti carrot, buah nenas atau pun tomato. Bagaimana pun terpulanglah kepada cita rasa dan selera anak anda. Semoga koleksi ini dapat memberi idea yang diperlukan bagi anda menghidangkan masakan khasiat untuk anak-anak. Selamat mencuba.

Koleksi Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.