Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Donat Yang Confirm Jadi

Donat adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung gula dan juga yis. Ianya diadun kemudian dibentuk bulat sebelum ditebuk lubang di bahagian tengahnya. Lazimnya ianya digoreng sebelum digaul dengan gula halus. Paling sedap ianya dijadikan sebagai hidangan di dalam minum petang. 

Namun begitu perkongsian kali ini akan membawa kepada anda 10 resepi donat yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Koleksi ini menghimpunkan resepi yang telah dicuba dan telah dinikmati keenakannya.

1. Resepi Donat Lembut

Resepi  ini merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk menyediakan donat. Bahan-bahan yang digunakan juga amat ringkas dan mudah didapati. Malah ia juga boleh disediakan menggunakan tangan sahaja. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan A

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu manis
  • Sepeket kecil yis (11g) (pastikan yang masih baru)

Bahan-bahan B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver ( bread softner pun boleh)
  • 2 sudu besar mentega

Kaedah

  • Campurkan bahan-bahan A dan biarkan hingga ia berbuih dan kembang.
  • Satukan bahan-bahan B dalam mangkuk lain yang agak besar,kacau agar ia sekata.
  • Tambahkan adunan A kedalam B sedikit demi sedikit.
  • Uli seketika agar semua bahan rata. Kemudian biarkan doh berehat selama sejam.
  • Tutup dengan cling wrap atau kain lembab.
  • Apabila doh telah naik dua kali ganda, buangkan gas ia dengan cara  menumbuk ia dan uli sedikit dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat.
  • Bahagikan adunan kepada 40 g setiap satu doh. Atau 60g untuk saiz besar.
  • Bulatkan setiap satu doh dan lapik dengan kertas minyak yang dipotong besar sedikit dari saiz doh dan jarakkan antara satu sama lain.
  • Rehatkan lagi 20 minit atau  hingga naik sekali ganda. Tutup dengan kain lembab.
  • Apabila doh telah kembang, lubangkan doh yang hendak dijadikan donut, atau biarkan bulat untuk dijadikan bambolini.
  • Lubang boleh dibuat menggunakan tutup botol atau acuan yang sesuai.
  • Goreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas.. Tos minyak sebelum dihidang dengan gula castor atau coklat. Bagi bambolini anda boleh paipkan ia dengan krim kastad atau krim kastad coklat.

2. Resepi Donat Panas

Resepi donat ini mengandungi bahan yang menghasilkan donat yang sangat lembut iaitu bread improver dan bread softner. Ianya telah dikongsikan oleh Faiezah Ramsudi, bahan-bahan yang diperlukan ini boleh didapati dikedai yang menjual barangan bakeri. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan – bahan:

  • 300gm tepung gandum-ayak dahulu
  • 20gm gula halus
  • 2sudu besar susu tepung
  • 1/4sudu bread improver
  • 1/2sudu bread softener
  • **1/4sudu GARAM
  • 1biji telur
  • 100gm air suam
  • 5gm yis kering-mauripan
  • 10gm gula halus
  • 30gm marjerin bunga mas/pelangi/buttercup

Cara – caranya:

1. Satukan bahan B dalam cawan tinggi/bersesuaian pastu kacau rata & biar ia mengembang (berbuih 2) dahulu.
2. Satukan bahan A dalam mangkuk steel/besen/bekas yang sesuai kecuali GARAM. Gaul bagi rata semua, baru masuk garam.
3. Masuk pula bahan C gaul rata sehingga jadi seperti serbuk roti.
4. Masuk pula bahan B yang telah naik mengembang tadi. Tuang sikit2 sambil diuli ke dalam campuran tepung tadi. Uli sampai doh tak melekat di bekas. Jika masih melekat tambah sedikit tepung gandum sahaja. *Jangan terlalu banyak.
5. Uli sampai adunan nampak licin. Bentukkan bulat besar. Kalau rasa susah nak uli dalam bekas tadi. Boleh keluarkan adunan dan uli diatas silicon mat.
6. Tutup adunan doh dgn cling wrap. Biar adunan sampai doh naik dalam 30minit. ***Untuk proses yang cepat, guna mangkuk steel dan letak diluar rumah & terkena pancaran matahari. Pasti kan adunan ditutup dengan cling wrap supaya doh tak kering. ** Untuk proses ini juga jika cuaca sejuk/hujan doh agak lambat sikit naik.
7. Bila doh dah naik tumbuk2 kan adunan.
8. Keluarkan doh tadi ke atas silicon mat. Letak sedikit shortening pada silicon mat supaya tak melekat.
9. Timbang doh 50gm sampai habis doh tadi. Dapat 10 biji.
10. Rounding doh jadikan bentuk bulat.
11. Letak doh yang dah siap di Rounding ke dalam dulang yang telah di ayak tepung terlebih dahulu supaya doh tidak melekat.
12. Biar doh naik lagi dalam 20-25 minit macam tu.
13. Bila sudah naik panaskan minyak yang secukupnya. Semasa proses penggorengan pastikan api tidak terlalu besar & tidak terlalu kecil. Dan pastikan minyak sudah cukup panas.
14. Bila donut bahagian bawah sudah kuning keemasan, baru boleh diterbalikkan. Tunggu sehingga bahagian atas tadi pula masak seperti bahagian bawah tadi.
15. Bila sudah masak, angkat donut, toskan terlebih dahulu dalam penapis. Baru diletak/susun ke dalam dulang yang telah diletak tisu dapur terlebih dahulu.
16. Boleh gaul dgn gula, celup coklat ganache dan lain2. Ikut kreativiti masing – masing ye.
17. Sedia dinikmati, selamat mencuba

3. Resepi Donat Kentang

Seterusnya resipi donat kentang ini akan menghasilkan donat yang sangat lembut ianya tidak menggunakan sebarang bahan tambahan yang lain untuk Melembutkan iya kecuali tentang anda haruslah mencuba nya sendiri berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 peket yis (11g)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula pasir 

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 biji kentang saiz kecil (rebus dan lecek)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu besar marjerin/butter

Kaedah

  • Mula-mula campurkan bahan A dan biarkan ia lebih kurang 10 mini atau sehingga ia berbuih.
  • Sementara itu dalam bekas yang besar, campurkan bahan-bahan B. Gaul sebati.
  • Apabila bahan A telah naik, campurkan dengan bahan B dan adun sehingga ia sebati (boleh guna mixer kalau ada)
  • Dan rehatkan doh hingga saiz adunan ini naik sekali ganda. Jangkaan masa ialah 30 minit.
  • Tumbuk adunan dan uli sehingga ia tidak melekat ditangan. Tambah sedikit tepung jika perlu.
  • Adunan ini memang sedikit lembik tetapi ia akan beransur menjadi elastik bila anda mengulinya.
  • Bahagikan doh mengikut saiz yang diingini atau gunakan penimbang untuk mendapatkan saiz yang sama.
  • Bulatkan doh, leperkan dan tekap penutup botol dibahagian tengah. Celup bahagian belakangnya dengan tepung agar mudah untuk digoreng nanti.
  • Rehat doh sekali lagi, sehingga ia kembang dan menjadi ringan.
  • Dengan api yang sederhana besar,perlahan-lahan alih doh dan mulai goreng.
  • Tos donut sebelum dihidang.
  • Siap!

4 Resepi Donat Pandan

Seterusnya resepi donat pandan yang amat sedap kerana tarikan aroma pandannay yang menarik. Donat ini juga amat mudah disediakan, hias dengan gula halus dan juga serbuk kelapa yang harum. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan A:

  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu kecil pes pandan
  • Campurkan bahan ini dan biarkan kembang

Bahan B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu (b) marjerin/butter
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

Kaedah donut pandan gebu tanpa uli

  • Masukkan semua bahan B ke dalam satu bekas besar. Ramas bahan-bahan tersebut hingga menjadi macam serbuk roti.
  • Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk. Biarkan selama 10 minit hingga berbuih.
  • Campurkan bahan A dan Bahan B tadi dan gaul sebati hingga tepung tidak melekat pada tangan
  • Masukkan doh ke dalam bekas dan tutup doh tersebut. Perap doh selama 1 jam agar menghasilkan donut yang gebu gebas meski tanpa uli. Adunan memang lembik, tapi tak perlu risau, tak perlu tambah tepung.
  • Tumbuk-tumbukkan doh donat yang telah kembang untuk mengeluarkan angin. Lepastu, canaikan doh donat tersebut.
  • Terap menggunakan acuan donat
  • Susun donat tersebut di atas talam yang ditaburi tepung gandum agar tidak lengket dan melekat. Biarkan donat pandan tersebut rehat selama 15 minit.
  • Goreng donat dengan api sederhana hingga berwarna keperangan. Anda boleh hiaskan donat pandan susu ini dengan salutan gula ataupun topping yang lain.

5. Resepi Donat Coklat 

Resepi ini adalah donat yang dicelup dengan coklat ianya amat ringkas dan mudah untuk disediakan. Namun begitu yang pasti ia pasti akan memikat hati ramai yang meminati makan donat.Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan A

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu manis
  • Sepeket kecil yis (11g) (pastikan yang masih baru)

Bahan-bahan B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver ( bread softner pun boleh)
  • 2 sudu besar mentega

Kaedah

  • Campurkan bahan-bahan A dan biarkan hingga ia berbuih dan kembang.
  • Satukan bahan-bahan B dalam mangkuk lain yang agak besar,kacau agar ia sekata.
  • Tambahkan adunan A kedalam B sedikit demi sedikit.
  • Uli seketika agar semua bahan rata. Kemudian biarkan doh berehat selama sejam.
  • Tutup dengan cling wrap atau kain lembab.
  • Apabila doh telah naik dua kali ganda, buangkan gas ia dengan cara  menumbuk ia dan uli sedikit dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat.
  • Bahagikan adunan kepada 40 g setiap satu doh. Atau 60g untuk saiz besar.
  • Bulatkan setiap satu doh dan lapik dengan kertas minyak yang dipotong besar sedikit dari saiz doh dan jarakkan antara satu sama lain.
  • Rehatkan lagi 20 minit atau  hingga naik sekali ganda. Tutup dengan kain lembab.
  • Apabila doh telah kembang, lubangkan doh yang hendak dijadikan donut.
  • Lubang boleh dibuat menggunakan tutup botol atau acuan yang sesuai.
  • Goreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas.. Tos minyak sebelum dihidang dengan coklat.
  • Nota: Guna cooking coklat atau apa jenis coklat yang anda gemar, double boil dan tambahkan sedikit minyak agar mudah melekat didonut.
  • Akhir sekali tabur dengan choc rice.
  • Siap!

6. Resepi Donat Inti Kentang

Resepi ini ialah sejenis donat yang berisikan inti kentang. Ianya amat sedap dan pasti digemari terutamanya oleh peminat makanan savori. Apapun keenakannya terletak pada keenakan inti kentang yang digunakan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan Donut

A

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu manis
  • Sepeket kecil yis (11g) (pastikan yang masih baru)

B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver ( bread softner pun boleh)
  • 2 sudu besar mentega

Kaedah

  • Campurkan bahan-bahan A dan biarkan hingga ia berbuih dan kembang.
  • Satukan bahan-bahan B dalam mangkuk lain yang agak besar,kacau agar ia sekata.
  • Tambahkan adunan A kedalam B sedikit demi sedikit.
  • Uli seketika agar semua bahan rata. Kemudian biarkan doh berehat selama sejam.
  • Tutup dengan cling wrap atau kain lembab.
  • Apabila doh telah naik dua kali ganda, buangkan gas ia dengan cara  menumbuk ia dan uli sedikit dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat.
  • Bahagikan adunan kepada 40 g setiap satu doh. Atau 60g untuk saiz besar.
  • Bulatkan setiap satu doh dan leperkan kemudian isi inti kentang dan bulatkan semula.
  • Lapik setiap satu dengan kertas minyak yang dipotong besar sedikit dari saiz doh dan jarakkan antara satu sama lain.
  • Rehatkan lagi 20 minit atau  hingga naik sekali ganda jangan lupa tutup dengan kain lembab.
  • Apabila doh telah kembang ia sedia untuk digoreng.
  • Goreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas.
  • Tos minyak sebelum dihidang.

Bahan-bahan inti

A

  • Kentang 3 biji saiz sederhana (kupas dan potong dadu)
  • Bahan-bahan tumbuk
  • Bawang besar ½ labu
  • Bawang putih 1 ulas
  • Ikan bilis 1 sudu kecil

B

  • 1 sudu besar rempah daging
  • 1 sudu besar serbuk cili (jika suka pedas)
  • Garam dan gula secukup rasa.

Kaedah

  • Tumbuk bahan-baha A hingga lumat.
  • Tumiskan ia, tunggu naik bau sambil itu kacau agar ia tidak hangit
  • Kemudian taburkan bahan-bahan B. Kacau rata.
  • Masukkan sesudu dua air. Kacau agar semuanya sebati.
  • Kemudian masukkan kentang gaul agar semua menjadi mesra.
  • Tambahkan secawan air, masak hingga kentang empuk.
  • Jika air kering tambahkan air lagi. Masak hingga kentang benar-benar empuk.
  • Apabila kentang telah empuk,sebelum air kering. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul semua agar sebati. Tutup api. Biarkan sejuk.

7. Resepi Donat Choc Chip 

Resepi donat ini adalah resepi donat yang menggunakan chocolate chip sebagai hiasannya sekali gus meningkatkan rasa dan kualiti donat tersebut.Sesuai bagi kanak-kanak atau peminat donat coklat, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

 A

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu manis
  • Sepeket kecil yis (11g) (pastikan yang masih baru)

B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver ( bread softner pun boleh)
  • 2 sudu besar mentega

Kaedah

  • Campurkan bahan-bahan A dan biarkan hingga ia berbuih dan kembang.
  • Satukan bahan-bahan B dalam mangkuk lain yang agak besar,kacau agar ia sekata.
  • Tambahkan adunan A kedalam B sedikit demi sedikit.
  • Uli seketika agar semua bahan rata. Kemudian biarkan doh berehat selama sejam.
  • Tutup dengan cling wrap atau kain lembab.
  • Apabila doh telah naik dua kali ganda, buangkan gas ia dengan cara  menumbuk ia dan uli sedikit dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat.
  • Bahagikan adunan kepada 40 g setiap satu doh. Atau 60g untuk saiz besar.
  • Bulatkan setiap satu doh dan lapik dengan kertas minyak yang dipotong besar sedikit dari saiz doh dan jarakkan antara satu sama lain.
  • Rehatkan lagi 20 minit atau  hingga naik sekali ganda. Tutup dengan kain lembab.
  • Apabila doh telah kembang, lubangkan doh yang hendak dijadikan donut, atau biarkan bulat untuk dijadikan bambolini.
  • Lubang boleh dibuat menggunakan tutup botol atau acuan yang sesuai.
  • Goreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas.. 
  • Tos minyak sebelum dihidang dengan coklat yang telah dicair bersama sedikit minyak masak agar ia lebih untuk menyalut donut.
  • Kemudian akhir sekali taburkan dengan choc chip
  • Siap!

8. Resepi Donat Sosej 

Resepi Ini merupakan merupakan salah satu resipi donat yang sangat popular jika dijual di kedai roti. Donat sosej adalah donat jenis savori dan paling diminati terutama penggemar hotdog, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 200gm tepung roti
  • 50gm tepung kek
  • 5gm yis

B

  • 30gm gula kastor
  • 5gm garam
  • 10gm tepung susu

C

  • 25gm telur
  • 120gm air dingin

D

  • 40gm mentega

Hiasan

  • 8 batang sosej 
  • 1 biji telur
  • 200gm serbuk roti

Kaedah

  • Campurkan Bahan A, masukkan Bahan B dan Bahan C. 
  • Pukul dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.
  • Tambah Bahan D terus pukul selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.
  • Tutup doh dengan tuala lembab atau plastik, rehatkannya selama 30-40 minit, biarkan ia mengembang dua kali ganda dari saiz asal.
  • Kemudian tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin. Bahagi dan bulat-bulatkan doh kepada 30gm setiap satu. 
  • Rehatkan 10 minit, kemudian canai doh memanjang dan salutkan sosej kemaskan balutan.
  • Kemudian celupkan ke dalam telur dan golek-golekkan dalam serbuk roti. 
  • Rehatkan atas dulang yang ditabur tepung selama 30 minit.
  • Panaskan minyak secukupnya dan goreng dengan api sederhana sehingga donut tersebut keperangan. Angkat dan toskan
  • Siap.

9. Resepi Donat Sempoi

Resepi ini adalah cara untuk menyediakan donat dengan begitu ringkas, donut pada asalnya adalah amat ringkas. Bagi anda yang ingin mencuba resepi donat untuk pertama kali anda boleh mencuba resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

A

  • 500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum 
  • 1 paket yis mauripan
  • 1 sudu besar bread softener 
  • 60 gm mentega
  • 60 gm gula halus
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam atau secubit garam
  • 200 ml air sejuk

  • Minyak (secukupnya untuk deep fried)
  • Gula secukup untuk menyalut donut

Kaedah (Guna breadmaker)

  • Masukkan semua bahan A ke dalam bread maker.
  • Set pada button uli doh dan biar bread maker mengambil alih tugas menguli. 
  • Bila dah siap, tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin
  • Bulat-bulatkan anggaran berat satu doh tu 40 gm.
  • Kemudian rehatkan kejap, tutup atasnya dengan kain atau plastik dan simpan kejap dalam ruang yang hangat sikit.
  • Tekan dibahagian tengah atau gunakan penutup botol untuk membentuk lubang donat.
  • Panaskan minyak dan bolehlah goreng, guna minyak sederhana panas.
  • Balik-balikkan doh masa masak supaya naiknya cantik dan sekata masaknya.
  • Tunggu sejuk dan kemudian bolehlah salutkan gula.
  • Siap

10. Resepi Donat Choc Almond 

Resepi terakhir di dalam koleksi ini adalah resepi donat coklat bersama kacang Badam. Jika dikedai roti sikit seperti ini adalah antara yang paling digemari kerana rasa kacang badam bersama dengan coklat yang sangat sedap. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

A

  • 400g tepung roti
  • 100g tepung kek
  •  10g yis segera

B

  • 80g gula kastor
  • 10g garam
  •  20g tepung susu

C

  • 50g telur
  • 250g air sejuk

D

  • 100g mentega

Hiasan

  • Coklat gelap (Dark chocolate) dipotong kecil
  • Badam keping secukupnya,disangai atau dibakar sekejap dalam ketuhar

Kaedah

  • Campurkan A,masukkan B dan C didalam mangkuk pengadun.
  • Pukul pada kelajuan sederhana selama 5 minit.
  • Tambahkan D dan teruskan memukul selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.
  • Biarkan doh di atas permukaan yg telah ditaburkan tepung,& tutup dengan kertas plastik
  • Biarkan doh mengembang selama 30-40 minit sehingga menjadi dua kali ganda daripada
  • saiz asal.
  • Canaikan doh pada ketebalan 1-1.5cm.
  • Rehatkan selama 10 minit.
  • Terap doh dengan menggunakan penerap donat dan letakkan dalam dulang yg telah ditaburkan tepung.
  • Ketepikan selama 30 minit untuk doh mengembang dengan secukupnya.
  • Panaskan minyak secukupnya.
  • Goreng donat dengan api sedang hingga keperangan.Angkat.
  • Sementara itu cairkan coklat dengan cara double boil pada suhu rendah, tambah sedikit minyak masakj.
  • Kemudian celup bahagian atas donat kedalam coklat cair dan hiaskan dengan kepingan badam.
  • Siap

Itulah dia 10 resepi donat yang telah dapat kami himpunkan dan bawakan kepada anda agar dapat memberi idea apa yang anda ingin hidangkan kepada untuk keluarga anda. Pengalaman membuat donat akan bermula dengan sesuatu yang menyeronokkan apabila anda menggunakan koleksi ini kerana kebanyakan resipi dalam ini amat mudah dan bahannya juga amat murah. Jangan lupa kongsikan koleksi ini agar dapat memanafaatkan orang lain juga.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!