Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Donat Viral Perisa Red Velvet Senang Sedap

author name

📄 ,

Resepi kali ini merupakan antara resepi viral yang sedang panas ketika ini. Donat red velvet adalah satu lagi inovasi masakan berasaskan red velvet. Entah mengapa red velvet sentiasa mendapat perhatian pengemar dessert, mungkin kerana warnanya yang menarik ataupun rasanya yang unik. Namun begitu mungkin kerana bila red velvet dijadikan perisa donat ianya lebih sedap.Baiklah perkongsian kali ini menunjukkan kepada anda cara membuat donat red velvet dengan menggunakan emulco sahaja.

Bahan-bahan

A

  • 1 cawan air suam
  • 2 tbsp susu manis
  • 2 tbsp gula
  • 1 pek yis kering (11g)
  • 1 tbsp red velvet emulco
  • *campur semua dan biarkan berbuih baru masukkan emulco 

B

  • 3-4 cawan tepung gandum
  • 1 tsp bread improver
  • 1 tsp garam
  • *campurkan 1 cawan tepung dgn bread improver dan garam dulu. Bakinya masuk kemudian

  • 2 tbsp marjerin/butter

Bahan saduran

  • Gula halus
  • Susu tepung.

Kaedah

  • Masukkan bahan A kedalam bahan B dan mulai kacau dan uli dengan tangan bila ia mulai berat. 
  • Tambah tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga ia bergumpal.
  • Tambah bahan C dan terus uli.
  • Uli diatas permukaan yang rata hingga ia lembut dan tidak lagi melekat dijari.
  • Kemudian biarkan doh naik sekali ganda (anggaran masa 1-2jam) pastikan anda tutup doh agar ia tidak kering.
  • Bila doh dah naik tumbuk untuk buang udara didalamnya.
  • Timbang 1 ketul doh pada berat 30g untuk membuat donat.
  • Bulatkan seperti bola dan leperkan dengan tapak tangan dan tebuk bahagian tengahnya dengan alat yang sesuai.
  • Biarkan naik sekali lagi baru goreng dengan minyak sederhana panas.
  • Alih dan toskan minyaknya.
  • Donat yang telah siap gaul dengan susu tepung dan juga gula halus.
  • Siap! 

Paling sedap donat red velvet ini digaul dengan serbuk susu dan juga gula halus.Namun kebiasaan red velvet dinikmati dengan cream cheese, anda boleh cuba cairkan coklat putih dan campurkan dengan cream cheese kemudian tekapkan dengan donat yang telah siap digoreng. Tapi kalau anda ingin kelainan cubalah gaul dengan serbuk keju parmesan. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.