Resepi Kerabu Maggi Siam (Mengikut Citarasa Anda)

Kerabu maggi siam boleh didapati di kebanyakkan kedai makan. Tetapi adalah lebih bagus jika kita dapat menyediakannya sendiri di rumah.

Ini kerana jika kita sediakannya sendiri di rumah, pasti kita dapat menyediakannya mengikut citarasa kita yang berbeza dari orang lain.

Resepi kerabu maggi siam ini telah dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman dan telah mendapat banyak perkongsian. Mari kita lihat resepi ini dengan lebih lanjut.

Resepi Kerabu Maggi Siam

Resepi Kerabu Maggi Siam (Mengikut Citarasa Anda) 2
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Maggi thai
  • Seafood
  • Jejari ketam
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • Cili padi
  • Sedikit gula (jika perlu)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Bawang besar (mayang)
  • Tomato (potong dadu)
  • Limau nipis (ambik jusnya jika mahu masam)

Cara penyediaannya:

  1. Rebus dan toskan maggi thai.
  2. Rebus dan toskan udang dan sotong. Simpan sedikit air rebusan untuk digaulakan bersama dengan maggi.
  3. Potong daun ketumbar, daun bawang dan cili padi. Potong dadu tomato.
  4. Gaul semua bahan di atas berserta dengan rempah maggi.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!