Resepi Kek Black Magic (Versi Hitam)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi pastri yang mudah untuk dibuat. Kek black magic adalah sebuah resepi kek coklat yang sentiasa mendapat tempat diklangan peminat makanan-makanan yang berasaskan coklat. Memahami kehendak permintaan peminat kek coklat para pembuat mulai mengubah suai resepi kek coklat yang sedia ada dengan menambah atau mengubah penggunaan sesetengah bahan.

Untuk kek black magic ini, ia mempunyai penambah susu coklat dan serbuk koko yang digunakan ialah yang berwarna hitam. Sebenarnya dari segi rasa ia tidak mempunyai perbezaan daripada serbuk koko biasa yang berwarna coklat, hanyalah ia mempunyai warna yang lebih gelap. Baiklah mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Kek Black Magic (Versi Hitam)

Bahan kering

  • 2 cawan tepung naik sendiri jenama blue key 

Bahan-bahan basah

  • 4 biji telur
  • 250g butter
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu Dutch lady perasa coklat
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk coklat hitam

Kaedah

  • Mula-mula panaskan pengukus dan sediakan loyang yang sesuai iaitu loyang bulat saiz 8”.
  • Kemudian kisar semua bahan-bahan basah dan kaup balik dengan bahan kering tadi.
  • Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disediakan dan kukus selama 50 minit sehingga ia masak.
  • Keluarkan dan sejukkan diatas redai apabila ia telah masak, jangan lupa uji dengan lidi untuk memastikan kek benar-benar telah masak.
  • Kek boleh dihiasi dengan ganache coklat.
Resepi Kek Black Magic (Versi Hitam) 2

Rasa kek coklat ini lebih bercoklat kerana penggunaan susu coklat tadi. Sebenarnya itu adalah salah satu tips untuk mendapatkan kek coklat yang lebih sedap. Walaupun agak mahal berbanding kek coklat biasa, namun ia sangat berbaloi. Jika anda ingin menjualnya jangan lupa untuk menaikkan sedikit harganya dan namakan ia kek premium. Pelanggan anda pasti berpuas hati dengan rasa premium kek ini.

Jadi jangan lupa mencuba resepi ini, kerana anda pasti akan suka pada rasanya.


Resepi Menarik Lain

Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.