Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Batik Oreo (Lazat Lumer Dalam Mulut)

author name

📄

Jangan ingat kek batik hanya guna roti marie saja. Malah, biskut jenama Oreo boleh dibuat untuk kek batik sebagai topping. Selain itu, penyediaannya sangat senang. Hanya perlu masa 10 minit boleh siap.

Menggunakan kaedah cara buat kek batik yang sama pada umumnya, Ida Suzana‎‎ menggunakan biskut Oreo ke atas kek batik menjadikan kek batik ini jadi lain dan lebih menarik. Juga, dalam kek batik ini terasa kelazatan biskut coklat dan krim vanilla Oreo.

Kek batik Oreo, sesuai dihidang untuk hidangan pencuci mulut. Tampilannya pula amat cantik membuatkan ia sesuai untuk jadi hidangan mewah menghiaskan meja hidang. Tanpa tunggu lama, mari cuba buat kek batik Oreo yang simpel dan digilai ramai.

Resepi Kek Batik Oreo

kek batik oreo
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ketul buttercup (250 g)*,
  • 2 cawan serbuk milo/vico* saya guna vico,
  • 3 sudu serbuk koko *,
  • ½ tin susu pekat *,
  • Sepaket biskut marie,
  • Sepaket biskut Oreo,
  • 1 sudu kecil Esen vanilla *.

Cara-cara :

  1. Panaskan kuali, masukkan butter dan cairkan.
  2. Masukkan semua bahan bertanda*.
  3. Kemudian patahkan biskut marie dan campurkan adunan coklat bersama biskut. Ratakan dalam Loyang.
  4. Atas sekali susun biskut Oreo.
  5. Kemudian sejukkan dan masukkan dalam peti ais.
  6. Potong dan hidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek batik Oreo, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *