Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Karipap Mini Bit-Sized Paling Bikin Ketagih!

Anda mencari snek yang enak dimakan? Bosan makan keropok yang dibeli diluar? Inginkan snek buatan air tangan sendiri? Kali ini kami bawakan resepi karipap mini yang sangat sesuai dijadikan snek khas buat anda semua.

Resepi karipap ini kali ini menggunakan inti serunding ikan yang memberikan rasa masin manis yang amat lazat. Apabila digoreng garing, pasti sahaja karipap mini ini dimakan berulang kali. Cara pembuatannya juga ringkas dan boleh disediakan sendiri!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Hidayatul Shamimi dan telah mendapat banyak perkongsian tau! Jom kita mencuba resepi karipap mini ini.

Resepi Karipap Mini

karipap mini
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Kulit karipap:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 cawan minyak masak
  • 400 ml air ais
  • Garam (dibancuh dengan air)

Inti Serunding Ikan:

  • 3 kg serunding ikan
  • Asam keping
  • Gula
  • Garam
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada kering
  • Santan

Cara – cara memasak:

  1. Tepung dibancuh bersama air dan garam sehingga menjadi doh dan letak ditepi dahulu.
  2. Ikan direbus bersama asam, gula dan garam dan diasingkan isi dan tulang dan tumbuk ikan.
  3. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan lada kering.
  4. Tumiskan dan masukkan garam, gula melaka, gula, perasa dan santan pekat.
  5. Apabila santan mendidih, masukkan ikan yang ditumbuk dan masak sehingga kering.
  6. Masakkan serunding selama lebih kurang dua jam supaya ianya tahan lama.
  7. Masukkan ke dalam doh tepung dan kelimkan seperti karipap.
  8. Goreng sehingga garing.
  9. Siap!
karipap serunding ikan
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!