Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Bawal Kukus Pedas Comfort Food Confirm Anda Suka

author name

📄

Kali ini kami bawakan resepi ikan bawal kukus pedas yang amat lazat! Resepi ini menggunakan teknik kukus yang menggunakan stim air untuk memasakkan juadah. Teknik kukus merupakan salah satu cara untuk menghasilkan juadah yang lebih sihat kerana ia tidak menggunakan minyak di dalam masakan. Hidangan yang berasaskan teknik kukusan sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan cara hidup yang sihat serta pesakit – pesakit kritikal seperti diabetes dan darah tinggi.

Ikan bawal kukus pedas merupakan hidangan yang dipanggil sebagai comfort food dan enak dimakan bersama nasi panas. Cara pembuatannya juga ringkas, anda hanya perlu masukkan kesemua bahan ke dalam pengukus dan biarkan ianya masak dengan sendiri. Rasanya juga amat sedap, sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Azwa Hasnor dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Ikan Bawal Kukus Pedas

bawal kukus pedas
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • Ikan bawal emas
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Serai (diketuk)
  • Cili (ditumbuk tidak hancur)
  • Daun limau purut

Bahan B:

  • Sos tiram
  • Garam
  • Perasa

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Satukan kesemua bahan A di atas ke dalam loyang.
  3. Masukkan bahan B.
  4. Kukus sehingga masak.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *