Fishball noodle soup

Fishball noodle soup..
Sape suka sup chinese style yg simple2 macam ni..?
Ringkas, mudah dan cepat gitu?
Minyak bawang putih tu yg buat lagi sedap..

*CHINESE STYLE FISHBALL NOODLE SOUP*

**Paling penting sediakan minyak bawang putih dulu..boleh guna untuk sup/bubur lain..

2labu bawang putih -diketuk&cincang
1/2cawan minyak masak
1sdt minyak bijan (kalau suka)
– panaskan minyak, goreng bawang putih api perlahan sampai nmpak kuning sikit2 je..tutup api terus, sementara tunggu minyak tu menyejuk nnt bawang tu akan garing dan perang..AWAS jgn tunggu dah perang baru tutup api nnt bila menyejuk bawang jd hangit dan pahit..ok!last titiskan minyak bijan dlm minyak bwang putih tadi..simpan dlm botol kaca, tutup rapat2 boleh tahan sampai 2minggu..

Ni resepi utk sup yg paling malas&mudah punye..

-Didih kan air masuk kiub pati ikan bilis, perasakn dengan garam dan sedikit lada sulah..
(boleh juga buat stok p ikan bilis+dried kelp kalau rajin)
?kalau malas guna kiub bilis pon sedap dah?
-Boleh masukkan sekeping isi dada ayam dlm air rebusan tadi(dah masak angkat dan carik isi ayam utk garnishing nnt)ini bg maniskan lg rasa kuah..taknak buh ayam pon takpe..
-kuah dah cukup rase semua boleh masukkan fishball tunggu mendidih kecilkan api dan biar merenih..
-sediakan mangkuk hidangan..boleh guna bihun/mee kuning/mee wantan/kuey teow /ape2 je noodle yg korang suka..celur dan toskan
-untuk garnishing boleh letak ape2 lah yg korang suka nak bubuh k..tiada paksaan?
sedikit daun sup
daun bawang
daun salad(sy suka romaine lattuce) rangup
isi ayam yg dicarik2
sekeping tauhu digoreng&slice nipis
boleh juga letak fishcake digoreng&slice nipis
minyak bawang putih
*kalau nk pedas boleh buat cili potong+ kicap cair
-tuangkan sup panas dalam mangkuk noodle tadi last sekali letak minyak bawang putih..serve hot..slurppp!?

kredit resepi kepada Erni Hasniza Ahmad Zaini‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Penulis