Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit (Sedap dan Menyelerakan)

Untuk mereka yang menggemari daging, resepi yang akan kami kongsikan pada kali ini amatlah sesuai untuk anda. Resepi ini dinamakan resepi daging goreng kunyit.

Dengar nama saja sudah terliur bukan? Resepi ini amat mudah untuk disediakan di rumah. Jika anda sudah tidak tahu hendak masak apa untuk makan malam, anda wajib mencuba resepi ini.

Resepi daging goreng kunyit ini telah dikongsikan oleh Yan Azie di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian di laman sosial tersebut. Mari kita cuba resepi ini.

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Daging
  • Bawang merah
  • Bawang Putih*
  • Halia*
  • Cili padi*
  • Serbuk kunyit
  • Sos tiram
  • Kacang panjang
  • Minyak
  • Garam
  • Perisa (tidak wajib)

Cara – cara memasak:

  1. Gaulkan daging dengan kunyit, garam dan bawang putih seulas. Kuantiti bawang putih mengikut kuantiti daging.
  2. Goreng daging.
  3. Tumbuk bahan bertanda *.
  4. Hiris bawang merah.
  5. Kurangkan minyak goreng daging dan tumiskan bawang merah dan bahan yang bertanda *.
  6. Masukkan sos tiram, garam dan perisa.
  7. Masukkan sedikit air jika mahu sedikit basah.
  8. Masukkan daging dan sayur kacang panjang.
  9. Kacau sehingga sebati, jangan terlalu lama nanti kacang tak rangup.
  10. Siap! Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *