coconut shake

Resepi Coconut Shake (Fresh And Creamy)

Cuaca panas-panas paling sedap kalau dapat minum yang segar. Apalagi kalau dapat minum coconut shake. Minuman pati kelapa yang mampu menggantikan cecair tubuh yang hilang, kerana kepentingan coconut shake yang memiliki banyak mineral semula jadi.

Coconut shake dibuat dengan cara mencampurkan air kelapa, isi buah kelapa dan ais batu secukupnya ke dalam blender, kemudian diblend hingga hancur sekata. Tidak lupa, jika anda ingin rasa yang lebih manis, boleh tambahkan gula cair ke dalam bahan blender.

Selalunya orang menjual coconut shake dalam cawan plastik sebab senang dibawa. Ada pula yang tambahkan susu dan aiskrim supaya lebih rasa lemak manis. Memang paling menggairahkan apabila dimakan tengah hari panas membunuh tekak.

Untuk menghasilkan coconut shake yang lazat, kami berkongsi resepi sedap yang dikongsikan oleh ‎Nor Arinie di laman Facebook. Senang dan mudah untuk dicubakan. Selamat mencuba.

Resepi Coconut Shake

coconut shake
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Air kelapa muda,
  • Ais krim vanilla,
  • Isi buah kelapa,
  • Ais,
  • Air gula.

Cara-cara :

  1. Masukan bahan air kelapa muda, isi buah kelapa, dan ketulan ais ke dalam blender.
  2. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa.
  3. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
  4. Campurkan aiskrim vanilla ke dalamnya.
  5. Siap sedia dihidang dan diminum.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi coconut shake, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *