Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cempedak Goreng (Rahsia Tepung Salut Yang Rangup Garing)

Cempedak rangup merupakan kudapan lumrah di Malaysia. Kudapan Mudah dibeli di kedai kudapan tepi jalan dan pasar malam. Justeru, cempedak goreng disukai oleh semua kalangan.

Untuk lidah orang pertama kali cuba, mungkin akan terasa pelik sebab cempedak yang digoreng rasanya lunak dan berserat. Itu ialah hal biasa untuk kali pertama, namun jika cuba kali kedua ketiga mesti ketagih dibuatnya.

Paling sedap buat cempedak goreng dengan bancuan tepung yang rangup. Apabila digoreng, akan terkeluar rasa manis dan sedap lebih apabila dibalut tepung goreng rangup.

Bayangkan kalau beli cempedak goreng di kedai, RM2 dapat tiga ketul bahkan ada yang jual RM 1 satu ketul. Tapi kalau buat sendiri, beli satu buah cempedak baru RM 20 saiz sederhana, boleh dapat banyak ketul, puas makan satu keluarga, jiran pun dapat rasa. Sila baca resepi yang diberikan oleh Tuan Adriana Arissa‎ di laman Facebook.

Resepi Cempedak Goreng Lazat

cempedak goreng
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung beras,
  • 1 sudu kecik garam,
  • Sedikit air kapur (hujung sudu kecil),
  • 1 biji telur,
  • Pewarna kuning telur,
  • Ais 4@5 ketul (rahsia tepung rangup tahan lama),
  • Air sejuk (jangan cair atau pekat sangat) nanti ais akan mencair.

Cara-cara :

  1. Bancuh semua bahan dalam mangkuk.
  2. Pastikan minyak panas, boleh mula menggoreng.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cempedak goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!