,

Resepi Biskut Famous Amos Baik Buat daripada Beli!

Oleh:

Kali ini kami bawakan resepi biskut Famous Amos yang terkenal dan digemari ramai. Rasanya yang cair dimulut, digabungkan dengan manis cip coklat mesti bikin semua jatuh cinta! Ianya juga enak dimakan begitu sahaja, dijadikan snek serta boleh dijadikan doorgift pada waktu keraian seperti majlis perkahwinan, majlis ulangtahun kelahiran serta dihidangkan pada musim perayaan.

Resepi ini juga menggunakan bahan yang mudah untuk didapati serta cara penyediaannya yang ringkas dan senang. Ianya sesuai juga untuk disediakan bersama dengan keluarga tersayang dan dijadikan aktiviti meluangkan masa bersama keluarga yang lebih sihat.

Resepi ini dikongsikan oleh Ema Nurida dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Biskut Famous Amos

biskut famous amos
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 250 gram mentega
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil butter oil (wangikan biskut)
  • 1 biji telur kuning

Bahan B:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • 1 cawan cip coklat
  • 1 cawan badam cincang (disangai)

Cara – cara memasak:

  1. Kacau kesemua bahan A sehingga sebati.
  2. Setelah dikacau sehingga sebati, masukkan bahan B.
  3. Gaulkan lagi dan kacau rata kesemua bahan kecuali cip coklat & badam cincang.
  4. Apabila sudah sebati, tambahkan cip coklat & badam.
  5. Apabila sudah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam.
  6. Selepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar.
  7. Semasa susun di atas loyang, jarakkan jauh sedikit di antara satu sama lain untuk beri ruang kepada biskut untuk mengembang.
  8. Bakar selama 20 minit pada suhu 150C menggunakan api atas bawah atau mengikut kepanasan ketuhar masing masing.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Leave your vote

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Nur Dini Abd Aziz
Suka berkongsikan resepi terkini yang menarik untuk dicuba.

Tinggalkan komen di sini

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.