Resepi Samperit Moden Guna 4 Bahan Sahaja Tapi Rangup dan Cair Dimulut

Oleh:

Resepi kali ini merupakan resepi kuih raya yang telah diberi inovasi baru. Semperit adalah sejenis kuih raya yang amat digemari. Ianya mempunyai rasa yang menarik rapuh tetapi cair dalam mulut. Namun begitu bagi kuih semperit yang kita kongsikan kali ini ianya sedikit keras diluar tapi akan terus cair dalam mulut. Bahan-bahan yang digunak juga sangat minima. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan A

  • 1 cawan marjerin
  • ½ cawan susu pekat
  • 1 tsp esen vanila
  • ½ tsp pewarna pilihan anda

Bahan B

  • 3 ½ cawan tepung jagung

Kaedah

  • Kacau bahan A dalam satu bekas hingga adunan menjadi pucat.
  • Selepas itu masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli dengan tangan.
  • Anggaran tepung jagung adalah sekadar adunan ini menjadi tidak melekat ditangan tetapi jangan terlalu keras.
  • Adunan yang keras akan menyukarkan adunan untuk dibentuk menjadi bunga.
  • Bakar pada suhu 160c selama 25 minit.
  • Siap!

Menarik tentang semperit moden ialah penggunaan warna yang sesuai digunakan bersama semperit ini. Namun itu juga terpulang pada citarasa anda jika anda tidak suka warna biarkan sahaja ia dengan warna aslinya. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]