Resepi Tradisional, Moden & Terkini

4 Resepi Apam Tapai Nasi Dapat Tekstur Gebu

Selalunya jika ada lebihan nasi semalam mesti kita buat nasi goreng kan? Resepi kali ini juga menggunakan lebihan nasi juga, kami kongsikan resepi apam tapai nasi. Ada lebihan nasi jangan buang, boleh buat kuih apam nasi. Memang sedap di makan ketika waktu pagi atau petang. Tapai nasi pula perlu diperap lama, lagi lama perap lagi sedap. Walaupun kukus ambil masa yang lama, hasilnya cukup gebu.


Mudah sahaja nak buat, bahan-bahan yang nak buat pun mudah nak cari. Kalau anda tiada idea untuk minum pagi, boleh cuba resepi apam tapai nasi ini. Jom baca koleksi resepi apam tapai nasi ini.

Resepi Apam Tepung Beras

Apam tepung beras yang dikongsikan oleh Isma Zakaria ini sangat mudah. Nampak gebu kan? Kalau anda nak juga dapatkan rupa yang gebu ini jom baca resepi ini.

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung beras (saya guna cap teratai)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan tapai nasi
  • 2 peket eno perisa ori

Cara Penyediaan

  1. Blend semua bahan kecuali eno. Bubuh dalam bekas bertutup, biarkan semalaman. (Tak perlu masuk dlm fridge letak di luar je)
  2. Bila nak kukus masukkan eno dan kacau rata.
  3. Panaskan kukusan dan acuan dulu baru masukkan adunan apam, kukus 15 minit atau hingga masak. **kalau suka boleh letak pewarna.**tapai nasi buat dulu guna nasi yang dah sejuk tabur ragi.
  4. Simpan 12 jam atau hingga jadi jadi tapai baru boleh digunakan.**peranan tapai nasi sangat penting kalau tapai tak jadi atau rasa masam nanti apam tak akan jadi elok.

Resepi Apam Tapai Nasi dan Ragi

Tapai nasi lagi lama diperap lagi sedap, tapi jangan terlebih perap takut masam pula jadinya. Itu lah teknik betul untuk mendapatkan tekstur apam nasi yang sedap. Resepi ini ditulis oleh Mas Mizan.

Bahan-bahan

  • 1 cwn tapai Nasi
  • 1 cwn air
  • 1/2 cawan gula
  • Bend sehingga hancur

Cara Penyediaan

  1. Masukan dalam bahan blend tadi.
  2. Perap 3-4 jam.
  3. Selepas perap masukkan sepeket Eno biru. Kukus dalam 10-15 minit .Siap.
  4. Tapai Nasi. Nasi sejuk dua cawan Ragi separuh (Ragi tu hancurkan atas nasi tadi guna penapis teh). Perap 24 jam dalam bekas bertutup.

Resepi Apam Pasang

Apam pasang ini sama sahaja sebenarnya, apa yang berbeza ialah cara hidanganya. Apam pasang ini dihidangkan dengan daun pisang. Nampak menarik kan? Memang sedap makan bersama daun pisang. Rasa seperti zaman dahulu kalau. Resepi ini oleh Siti Hajar.

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk tapai nasi
  • 1 mangkuk 1/2 mangkuk sahaja
  • 2 mangkuk air masak
  • 3 mangkuk tepung beras
  • Baking powder 1 sudu besar makan

Cara Penyediaan

  1. Blender tapai nasi dengan gula sampai hancur tambah air sikit.
  2. Masukkan kn tepung beras sikit dan baking powder.
  3. Tambah air lahj blender sampai sebati dan saya perap dalam 3 jam sebab taksabar nak kukus panaskan air dalam kukus dulu sampai mendidih.
  4. Sediakan daun pisang boleh masukkan daun pisang dalam ayan yang bulat kecil tu bubuh adunannya, kukus dalam 15 minit atau sampai masak.

Resepi Apam Bakar Kelantan

Kelantan memang terkenal dengan makanan yang manis, sebab itu juga lah Kelantan kaya dengan pencuci mulut yang jarang ada di sini. Resepi Apam Bakar ini berbeza kerana tidak kukus tapi bakar. Bahan yang digunakan sama sahaja seperti apam tapai nasi cuma mempunyai bahan tambahan iaitu pisang. Resepi ini dikongsikan oleh Syiqah Jaafar.

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung beras
  • 4 biji pisang – lenyek ( pisang berangan)
  • 4 bungkus tapai nasi @ 4- 5 ketul tapai ubi
  • 1 ketul nisan @ gula putih – kemanisan ikut citarasa masing-masing
  • 1sk yis – sebagai penaik
  • Sedikit halia, sedikit lengkuas, sedikit lada hitam,sedikit garam
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak

Cara Penyediaan

  1. Campurkan pisang lenyek, tapai nasi@ubi, garam dan gula ke dalam bekas. (yis perlu diaktifkan dahulu dengan air suam kemudian barulah masukkan ke dalam adunan).
  2. Masukkan tepung dan air sedikit demi sedikit sehingga adunan agak pekat.
  3. Perap adunan semalaman.
  4. Panaskan kuali dan lengserkan dengan sedikit minyak dengan api sederhana kecil.
  5. Tuang adunan dan tutup kuali sehingga apam naik kembang dan berlubang-lubang.
  6. Kemudian terbalikkan sebentar dan angkat.
  7. Hidangkan dengan kelapa parut yang dicampurkan dgn sedikit garam.* halia, lengkuas dan lada hitam kisar dan tapis ambil air je sahaja.

Resepi Menarik Yang Lain

Bila dah cuba resepi apam tapai nasi ini jangan lupa cuba resepi kuih yang kami sediakan untuk anda di sini. Pelbagai resepi menarik yang ada. Terima kasih juga kerana menjadikan kami sebagai sumber rujukan masakan anda.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!