Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Donat Inti Kentang Sempoi Giler Lagi Marbeles

author name

📄 ,

Resepi ini merupakan satu resepi menu minuman petang yang paling digemari oleh kebanyakan rakyat kita. Masakan savori seperti donat kentang ini sememangnya sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Seperti resepi yang biasa kita temui donut ini  juga menggunakan bahan yang ringkas di antara bahan-bahan yang digunakan seperti yis,tepung, gula marjerin dan sudah tentu inti kentang. Teknik yang dikongsi didalam resepi ini juga amat mudah dan sesuai bagi anda yang tidak mempunyai mesin pengadun.

Baiklah, seterusnya bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.

Bahan-bahan Donut

A

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu manis
  • Sepeket kecil yis (11g) (pastikan yang masih baru)

B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver ( bread softner pun boleh)
  • 2 sudu besar mentega

Kaedah

  • Campurkan bahan-bahan A dan biarkan hingga ia berbuih dan kembang.
  • Satukan bahan-bahan B dalam mangkuk lain yang agak besar,kacau agar ia sekata.
  • Tambahkan adunan A kedalam B sedikit demi sedikit.
  • Uli seketika agar semua bahan rata. Kemudian biarkan doh berehat selama sejam.
  • Tutup dengan cling wrap atau kain lembab.
  • Apabila doh telah naik dua kali ganda, buangkan gas ia dengan cara  menumbuk ia dan uli sedikit dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat.
  • Bahagikan adunan kepada 40 g setiap satu doh. Atau 60g untuk saiz besar.
  • Bulatkan setiap satu doh dan leperkan kemudian isi inti kentang dan bulatkan semula.
  • Lapik setiap satu dengan kertas minyak yang dipotong besar sedikit dari saiz doh dan jarakkan antara satu sama lain.
  • Rehatkan lagi 20 minit atau  hingga naik sekali ganda jangan lupa tutup dengan kain lembab.
  • Apabila doh telah kembang ia sedia untuk digoreng.
  • Goreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas.
  • Tos minyak sebelum dihidang.

Bahan-bahan inti

A

  • Kentang 3 biji saiz sederhana (kupas dan potong dadu)
  • Bahan-bahan tumbuk
  • Bawang besar ½ labu
  • Bawang putih 1 ulas
  • Ikan bilis 1 sudu kecil

B

  • 1 sudu besar rempah daging
  • 1 sudu besar serbuk cili (jika suka pedas)
  • Garam dan gula secukup rasa.

Kaedah

  • Tumbuk bahan-baha A hingga lumat.
  • Tumiskan ia, tunggu naik bau sambil itu kacau agar ia tidak hangit
  • Kemudian taburkan bahan-bahan B. Kacau rata.
  • Masukkan sesudu dua air. Kacau agar semuanya sebati.
  • Kemudian masukkan kentang gaul agar semua menjadi mesra.
  • Tambahkan secawan air, masak hingga kentang empuk.
  • Jika air kering tambahkan air lagi. Masak hingga kentang benar-benar empuk.
  • Apabila kentang telah empuk,sebelum air kering. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul semua agar sebati. Tutup api. Biarkan sejuk.

Donat ini dibentuk bulat untuk memudahkan mengisi inti, ini kerana jika anda membentuknya seperti kelaziman donat iaitu bentuk ‘ring’ anda tidak akan mempunyai ruang untuk meletakkan inti.Gunakan suhu yang betul ketika menggoreng, ini kerana jika ia terlalu panas donut akan rentung manakala jika sebaliknhya donut akan berminyak pula.  Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *