|

Resepi Kuih Bingka Ubi (Kuih Tradisional)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih tradisional yang telah lama ada sejak turun temurun. Bingka ubi diperbuat dari ubi kayu yang disagat halus. Kemudian ianya ditambah beberapa bahan dan dibakar. Pada zaman dahulu, oven bukanlah sesuatu yang mudah dimiliki. Oleh itu orang zaman itu membakar menggunakan sabut kelapa dan pasir. Kuih akan diletak didalam acuan yang ilapik dengan tudung periuk yang ditaburi pasir, kemudian ditutup juga dengan tudung periuk yang ditaburi pasir dan bara dari sabut kelapa. Jadi pembakaran berlaku pada kedua bahagian sama seperti oven berfungsi.
Dahulu prosesnya agak rumit , namun kini tidak lagi. Oleh itu kali ini Madam akan kongsikan resepi kuih bingka bagi anda yang teringin untuk mencuba sendiri resepi kuih tradisional ini.

Resepi Kuih Bingka Ubi (Kuih Tradisional)

Bahan-Bahan

  • 4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 telur
  • 1/2 sudu garam
  • 1 1/2 cawan santan pekat ( jgn cair nanti adunan lembik )
  • 2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
  • 2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
  • sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
  • beberapa titik pewarna kuning

Kaedah

  • Kisar ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu @pati ubi kayu yg berada dibekas selepas air dibuang ( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cawan ubi)
  • Campurkan sagu ubi @pati ubi kayu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.
  • Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati
  • Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
  • Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.
  • Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.
  • Bakar selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda suka (bergantung kepada oven)
  • Potong bila dah sejuk.

Kuih bingka ubi ini sedap jika ia berkerak jadi terpulang pada anda untuk memilihnya. Namun begitu dengan rasa yang lemak manis,kuih ini sesuai dijadikan hidangan pada tetamu jemputan anda. Hidangkan ia bersama secawan kopi kampung yang hitam pekat tanpa gula pasti mengancam! Oleh itu selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Abok Abok

Resepi Seri Muka Durian

Resepi Kuih Bom Bijan

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *