Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Pot Luck Sesuai Dibawa Ke Pejabat

Koleksi kali ini akan membawa kepada anda 10 resepi potluck yang sesuai untuk anda jadikan  panduan.Potluck atau dalam Bahasa Melayunya ialah juadah bawaan ia adalah acara potluck yang lazimnya melibatkan para hadirin yang membawa hidangan untuk dimakan bersama-sama dalam sebuah majlis yang biasanya sering dianjurkan oleh kumpulan keagamaan, kejiranan atau masyarakat, kerana mereka menyederhanakan perancangan makan dan mengagihkan kos di kalangan peserta. Kini ia merupakan salah satu budaya baru dalam amalan sosial yang diamalkan masyarakat zaman alaf baru.

Perkongsian kali ini akan membantu anda mendapatkan idea apa yang boleh dimasak dan dibawa ke majlis seperti ini. Jom kita lihat resepi-resepinya.

 1.Resepi Sambal Goreng Jawa 

Resepi ini merupakan antara resipi yang sesuai dijadikan hidangan pot luck. Ini kerana sifatnya yang kering memudahkan untuk anda membawa ini dalam bekas. Sambal goreng jawa mempunyai rasa yang menarik dimakan bersama nasi atau diratah begitu saja.Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan 

A

  • 5 biji kentang – dipotong dadu
  • 6 keping tauhu – dipotong dadu
  • 5 keping tempe – dipotong dadu
  • *bubuh garam & serbuk kunyit pada tempe sebelom goreng*

B

  • Bawang merah 12 biji
  • Bawang putih 1 labu
  • Bawang besar 1 biji
  • kiub pati ikan bilis atau sedikit belacan yg telah dibakar ( optional )

C

  • Cili kering 1 genggam – potong buang biji, rebus, toskan. Lepas tu blendkan dgn sedikit air dan minyak.
  • Udang putih (pilihan)
  • Suhun 2 paket besar – rendam & toskan. 
  • Fucuk – potong kecil, rendam & toskan.
  • Halia 1 inci – diketuk
  • Cili kering 10 tangkai – dihiris nipis
  • Cili hijau 5 tangkai – dihiris seron
  • Kicap lemak manis
  • Kicap pekat
  • Kicap masin
  • Garam & gula secukup rasa.

Kaedah

  • Goreng bahan A,ketepikan.
  • Kisar bahan B, ketepikan.
  • Hiris bahan-bahan C.
  • Mula-mula tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan C satu persatu bermula dengan cili kering yang telah dikisar.
  • Biarkan sampai garing dan masukkan bahan-bahan lain mengikut turutan.
  • Masukkan kicap pekat sikit, kicap lemak manis, kicap masin.
  • Kemudian masukkan bahan yg dah digoreng, gaul rata. 
  • Masukkan suhun dan fucuk, cili kering serta cili kering yg telah dihiris tadi. 
  • Gaul rata.
  • Siap untuk dihidangkan.

2. Resepi Sambal Tempoyak 

Resepi seterusnya ini merupakan salah satu resepi atau menu yang menjadi kegemaran ramai orang terutamanya peminat tempoyak. Sambal Tempoyak ini sesuai dijadikan hidangan pot luck kerana ia nya bersifat kering dan mudah untuk dibawa didalam bekas, berikut adalah bahan-bahan nya.

Bahan-bahan hiris

  • 3 batang serai 
  • 2 papan petai (ambil isinya)
  • 1 cekak pucuk ubi
  • 1 cekak pucuk kaduk 
  • 2 helai daun kunyit
  • 6 helai pucuk labu 

Bahan kisar

  • 1 genggam cili api
  • 1 inci kunyit hidup 

Bahan lain

  • 500 g santan pekat
  • 1 cawan tempoyak (atau lebih)
  • 1 genggam ikan bilis ( pilihan)

Kaedah

  • Mula-mula hiris nipis semua bahan ulam-ulaman kecuali petai.
  • Didalam periuk yang telah disediakan, masukkan cili yang telah dikisar.
  • Masukkan semua bahan yang telah dihiris, masukkan santan dan tempoyak.
  • Buka api dan kacau semua bahan agar sebati.
  • Biarkan sehingga masakan pekat.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Siap!

3. Resepi Sotong Goreng Madu

Seterusnya menu yang pasti menjadi kegemaran iaitu Sotong goreng madu.Resepi ini dikongsikan oleh Lara Izz Zarah dan mendapat banyak komen positif di Facebook. Kebiasaannya masakan ini dihidang atau dibeli di restoran atau cafe. Ianya amat digemari namun anda juga boleh menyedianya sendiri dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

sotong goreng madu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sotong
  • Telur
  • Tepung jagung
  • Lada hitam
  • Sos cili
  • Bawang putih
  • Madu

Cara – cara memasak:

  • Campurkan sotong bersama sedikit garam, lada hitam, tepung jagung.
  • Kemudian, salutkan bersama telur.
  • Gorengkan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  • Masukkan sos cili dan sedikit air, biarkan mendidih sebentar.
  • Masukkan madu, garam dan lada hitam.
  • Siap!

4. Resepi Puding Marble Cantik 

Resepi ini merupakan resipi pencuci mulut yang sangat digemari dan mudah untuk di situ dekat ianya telah dikongsikan oleh Resepi ini telah dikongsikan oleh Shakirah Abu Bakar dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

puding marble kastad
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 1 paket agar-agar serbuk (10gm)
  • 1 cawan gula/ kurangkan kalau tak suka manis
  • 2½ cawan air

Bahan B:

  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla (pilihan)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil mentega
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara – cara memasak:

  • Masak bahan A dan kacau sehingga mendidih.
  • Campurkan kesemua bahan B dan kacau sehingga sebati.
  • Tapis bahan B dan masukkan ke dalam bahan A. Kacau sehingga mendidih.
  • Apabila sudah mendidih, masukkan mentega. Kacau rata.
  • Bahagikan kepada dua bekas dan satu masukkan ke dalam serbuk koko.
  • Kacau dan tapis, lapis seperti biasa.
  • Sejukkan dan siap!

5. Resepi Rendang Ayam Cili Padi

Seterusnya resipi yang pasti menjadi kegemaran rakan-rakan anda. Rendang ayam cili padi ini amat mudah untuk disediakan dan juga amat sedap masak sehingga kering agak mudah untuk dibawa di dalam bekas. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam saiz besar, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  • 1 kotak santan
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 camca besar penuh gula melaka
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit, satu disiat, satu dimayang halus
  • 400 ml air
  • 2 1/2 camca besar kerisik
  • Garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa

Bahan Kisar 

  • 1 biji bawang besar
  • 7 biji bawang merah (pilihan)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 5 biji buah keras
  • 1 genggam cili padi kampung
  • 1 inci kunyit hidup (1 sudu makan serbuk kunyit)
  • 5 batang serai, hiris halus

Kaedah

  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, kacau rata dan terus menumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. 
  • Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut.
  • Tambah daun limau purut, daun kunyit yang disiat, santan dan juga air, kacau rata dan biar mendidih.
  • Tambah kerisik, asam gelugor dan sedikit garam. Kacau lagi dan masak dengan api pecil hingga rendang pekat dan ayam masak.
  • Masukkan gula melaka dan tambah garam secukup rasa. 
  • Siap dan bolehlah hidangkan.

6. Resepi Hati Ayam Masak Hitam

Recipe ini mungkin tidak digemari oleh setengah orang terutamanya bila ia dimasak menggunakan hati ayam. Namun begitu resipi yang dikongsikan ini sangat sesuai dijadikan hidangan pak Lang kerana rasanya amat sedap dan luar biasa sejak anda perlulah mencubanya sendiri dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan utama 

  • 1/2 kg hati ayam

Bahan kisar

  • 4 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 mangkuk kecil cili kering (dikisar)
  • Halia ½ inci
  • 1 sudu teh jintan manis

Bahan perasa

  • Asam keping
  • 5 helai daun limau purut
  • Sedikit kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Ajinomoto (jika suka)

Kaedah

  • Tambahkan garam dan kunyit pada hati ayam dan goreng separuh masak, asingkan.
  • Tumis semua bahan-bahan yang telah dikisar sehingga ia naik minyak.
  • Masukkan asam keping.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit kicap dan mengikut warna hitam yang amda inginkan,
  • Masukkan pula hati yg telah digoreng.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali tambahkan daun limau purut sebagai tarikan aromanya.
  • Siap.

7. Resepi Apam Nasi Warna Warni

Resepi ini merupakan resipi pencuci mulut yang sangat mudah untuk disediakan terutama ini bagi anda yang tidak berkesempatan untuk masak dan inginkan sesuatu yang lebih mudah untuk disediakan. Berikut

Bahan A (kisar)

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 ½ cawan air
  • 1 ½ cawan gula pasir 
  • 1 sudu teh garam

Bahan B (kering)

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu teh garam 

Bahan lain

  • Kelapa parut (putih ) 
  • Secubit garam
  • *Gaul kedua bahan.

Kaedah

  • Mula kisar nasi,gula,garam bersama 2 ½ cawan air.
  • Kemudian satukan bahan B.
  • Tambah bahan A kepada bahan B.
  • Tambah sikit-sikit dan kacau sebati.
  • Kemudian warnakan adunan kepada beberapa warna pilihan hati.
  • Rehatkan 2-3 jam.
  • Panaskan pengukus.
  • Masukkan adunan kedalam acuan lompang.
  • Gris acuan sebelum digunakan.
  • Kukus 15 minit sahaja.
  • Selepas itu, keluarkan apam dan gaulkan ia bersama kelapa parut yang telah ditambah garam.

8. Resepi Rendang Daging Batang Pinang

 Resepi ini adalah resipi rendang yang menggunakan daging batang pinang. Ia mempunyai rasa yang sangat sedap sesuai dimakan dengan nasi mahupun roti. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • 1kg daging batang pinang
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 genggam cili api (pilihan)
  • 1 paket kerisik
  • Garam
  • Serbuk kunyit 
  • Daun kunyit
  • Cili kisar
  • Santan 300-500g
  • Asam keping 1 keping

Kaedah

  • Potong kiub daging batang pinang, ketepikan.
  • Kisar halia, lengkuas, dua batang serai ,bawang merah ,bawang putih dan cili api sehingga hancur.
  • Masukkan semua bahan kisar didalam kuali.
  • Tambah serai yang dan sedikit air dan serbuk kunyit.
  • Buka api dan masukkan daging yang telah dipotong kiub.
  • Biarkan ia merenih sebentar.
  • Masukkan santan dan asam keping.
  • Kacau sekali sekala dan tambahkan garam dan serbuk perasa, masukkan kerisik.
  • Apabila rendang telah pekat masukkan hirisan daun kunyit.
  • Tutup api apabila rendang telah mulai keluar minyak.
  • Siap!

9. Resepi Dendeng Daging Hitam

Seterusnya resipi dendeng yang sangat sesuai dibawa sebagai hidangan pot luck, ia juga mempunyai peminatnya yang tersendiri. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puteri Shazila Zainal Abidin dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau,Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

daging-dendeng
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Bawang besar 3-4 biji
  • Bawang putih 4-5 ulas
  • Halia (besar 2 ibu jari) 😁
  • Belacan (besar 3 ibu jari) lbh pn ok..lg sedap
  • Cili kering blend (3-4 senduk)
  • Kicap manis (agak – agak untuk dpt wrna gelap) 100-150g
  • Asam jawa 30g
  • Gula
  • Daging 1kg – rebus (potong nipis ikut urat – selepas rebus)

Cara – cara memasak:

  • Kisarkan bawang putih, bawang merah, halia dan belacan.
  • Tumis sehingga garing.
  • Masukkan cili blend, tumis lagi sampai garing dan masukkan gula secukup rasa (pastikan betul – betul garing dan naik bau) -kesedapan dendeng pada garingnya cili tu.
  • Masukkan air sikit. Jangan banyak. Sebab nanti nak masuk air asam jawa dan air rebusan daging.
  • Masukkan daging, gaul rata.
  • Masukkan air rebusan daging.
  • Tuang kicap lemak manis. Kalau suka hitam, lebihkan. Kalau nak nampak merah2 sikit, kurangkan kicap. Tuang sikit – sikit. Takut terlebih masin.
  • Bila dah agak kering, masukkan air asam jawa.
  • Biar atas dapur sampai air agak kering dan daging bersalut.
  • Siap untuk dimakan. Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

10. Resepi Popia Sayur Goreng

Resepi popia sayur sempoi yangdikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah di laman Facebook.Hidangan ini amat sesuai dan pasti akan menjadi kegemaran didalam majlis pot luck . Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

popia sayur
Imej via Facebook

Bahan-bahan Inti :

  • Sengkuang (dihiris halus memanjang),
  • Carrot (hiris halus memanjang),
  • Udang kering dengan bawang ditumbuk.

Cara-cara :

  • Tumis bahan. Perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah. Siap inti.
  • Sejukkan sekejap. Jika sudah sejuk, boleh bungkus dengan kulit popia.
  • Siap!

Itulah dia 10 resepi yang sesuai untuk dijadikan hidangan port luck. Jika suatu masa dahulu amalan membawa hidangan ini jarang dia dah makan tetapi amalan memberi- lauk kepada jiran sekeliling rumah adalah sesuatu yang sangat biasa. Zaman kini telah berubah namun amalan ini dapat memu pok keharmonian di kalangan masyarakat kita wajar lah terpelihara. Jangan lupa mencuba resepi-resepi ini dan kongsikan agar dapat memberi manfaat kepada orang lain juga. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *