Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lontong Goreng Kalau Makan Sekali Confirm Tak Cukup

author name

Lontong Goreng merupakan salah satu hidangan yang akan dimasak menggunakan nasi impit. Hidangan ini selalunya disediakan bagi menghabiskan lebihan baki nasi impit daripada majlis keraian ataupun rumah terbuka. Cara pembuatannya lebih kurang sama seperti nasi goreng namun kelainan dari segi tekstur nasi impit memainkan peranan dalam rasa lontong goreng ini.

Lontong goreng amat mudah untuk disediakan. Bahan – bahannya mudah untuk didapati di sekitar kita. Malahan, mungkin kesemua bahannya sudah pun anda ada di dalam dapur anda. Cara pembuatannya juga mesra amatur, dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan! Oleh itu, ianya merupakan salah satu menu sarapan pagi yang amat sesuai untuk dihidangkan.

Resepi ini dikongsikan oleh Azlan Syazani Adanan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok resepi lontong goreng.

Resepi Lontong Goreng

lontong goreng
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ketupat/Nasi Himpit
  • Cili kering- 1 senduk besar
  • Udang kering- 2 sudu besar
  • Bawang merah kecil- 5 biji
  • Bawang putih- 5 ulas
  • Telur- 2 biji
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa/chicken stock
  • Minyak masak
  • Sayur-sayuran (taugeh/lobak merah/kacang panjang mengikut cita rasa)
  • Ayam/udang/sotong/daging (mengikut citarasa)

Nota:

  • Boleh tambahkan kicap/sos tiram sedikit jika anda suka.
  • Jika tiada udang kering, boleh gunakan ikan bilis.

Cara – cara memasak:

  1. Kisar cili kisar bersama bawang putih, bawang, bawang merah dan udang kering.
  2. Tumis bahan kisar dengan minyak sehingga pecah minyak.
  3. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam bahan tumisan.
  4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
  5. Masukkan ayam/udang/sotong/daging.
  6. Masukkan sayur-sayuran.
  7. Masukkan ketupat/nasi himpit.
  8. Gaul rata dan sekiranya perlu tambah sedikit air

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *