Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sushi Melayu (Bekal Sekolah Anak)

Resepi yang dibawakan pada kali ini sangat menarik. Sushi sangat sedap tetapi harganya mahal untuk dimakan secara kerap. Tetapi jangan risau, kami ada solusinya di sini!

Mari kita sediakan sendiri sushi di rumah. Pastinya kos penghasilannya juga kurang dan dapat disesuaikan dengan citarasa kita. Ianya juga sesuai untuk dijadikan bekal untuk anak ke sekolah.

Resepi sushi melayu yang menarik ini telah dikongsikan oleh Caca Yunus di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian di laman tersebut. Mari kita lihat resepi ini. Jom!

Resepi Sushi Melayu

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Telur dadar dipotong memanjang
  • Crab stick (dicelur)
  • Sosej (dicelur)
  • Tuna
  • Lobak (potong memanjang dan dicelur)
  • Timun (potong memanjang)
  • Seaweed
  • Plastik (alas untuk menggulung)

Cara penyediaannya:

image via Facebook
  1. Alas plastik atas papan memotong.
  2. Letak seaweed.
  3. Letak nasi dan nipiskan.
  4. Letak bahan-bahan dan gulung menggunakan plastik yang disediakan. Gulung kemas-kemas,
  5. Apabila sudah siap, bolehlah dipotong dan dimakan dengan sos dan kicap lada.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!