Resepi Udang Masak Kari (Masakan Ringkas Dan Cepat)

Menjadi surirumah, walaupun duduk dirumah namun kerjanya tidak pernah berkesudahan. Memasak setiap hari jika tanpa perancangan sememangnya memakan masa. Surirumah berpengalaman pun kadanag-kadang buntu hendak fikirkan menu apa untukdimasak setiap hari.

Lebih memeningkan apabila penghuni rumah berlainan selera. Hendak masak lauk yang ini, sikakak tidak makan. Hendak masak lauk itu,siadik pula tidak suka. Acapkali ibu memang sudah kehabisan idea melayan kerenah anak-anak.

Jadi ada masanya Madam akan masak ikut selera sendiri,terutama bila menyebut tentang makanan kegemaran Madam iaitu udang. Kali ini Madam bawakan resepi udang kari bersama bendi.

Lauk yang mudah dan cepat disiapkan,mari lihat resepinya.

Resepi Udang Masak Kari

Bahan utama

  • ½ kilo udang bersaiz besar.

Bahan-bahan hiris dan tumis

  • Bawang besar 1 labu saiz sederhana
  • Bawang  putih 2 ulas
  • Halia ½ inci.
  • 1 sudu besar halba campur.
  • Daun kari 1 pelepah

Bahan pes.

  • 2 sudu besar serbuk kari ikan.
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu sederhana serbuk cili (jika suka pedas)
  • Bancuh dengan air sehingga menjadi paste.

Bahan rencah

  • Tomato sebiji
  • Bendi 5 batang
  • Santan ½ peket kecil.
  • Asam keping sekeping saiz kecil
  • Air secawan

Kaedah

  • Bersihkan udang, gunting kepala dan duri diekornya.
  • Perasakan dengan garam,kunyit dan gula. Ketepikan.
  • Didalam periuk sederhana besar, panaskan minyak dalam anggaran sesenduk kecil.
  • Tumiskan bahan –bahan hiris, apabila telah naikbau. Tumiskan bahan paste kari.
  • Tumis sehingga ia naik minyak. Masukkan air dan sekeping asam keping saiz sederhana.  Gaul agar ia menjadi sebati.
  • Masukkan santan dan sentiasa kacau agar santan tidak pecah. Tunggu mengelegak baru masukkan udang, bendi dan tomato.
  • Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit jika suka.
  • Tunggu agar semua menjadi sebati dan mesra. Siap.
Resepi Udang Masak Kari (Masakan Ringkas Dan Cepat) 2

Masakan ini enak dimakan bersama ikan masin,sambal belacan dan ulam-ulaman. Jadi apa kata anda mencuba resepi ini hujung minggu nanti. Hidangkan bersama keluarga tercinta atau tetamu istimewa.

Oh ya! jangan lupa mencuba resepi-resepi yang lain juga kerana kami mempunyai koleksi pelbagai resepi. Selamat mencuba.