Resepi Sirap Karamel (Untuk Kopi Macam Barista)

Semenjak dua menjak ini,masyarkat kita sangat suka minum pelbagai jenis minuman yang premium. Namakan sahaja jenama minuman yang berlambak dipasaran. Kopi, teh,boba dan macam-macam lagi.

Harga pun tidaklah murah. Ada yang sampai mencecah hingga RM18 secawan! Tapi selaras dengan itu, masyarakat kita juga makin suka hasilkan sendiri dirumah. Maklumlah bukan seorang dua yang nak minumnya. Kalau dah sekeluarga ,mahu kopak poket ayahnya

Oleh kerana harganya agak mahal. Madam sendiri ambil insiatif untuk hasilkan sendiri bahan-bahan in, supaya boleh buat minuman sendiri.

Hari ini, Madam ingin kongsikan resepi sirap karamel. Sirap ini ada bau gula hangus. Sangat sedap. Biasanya ditambah dalam caramel latte ice, caramel macchiato dan boba caramel milk tea.

Resepi Sirap Karamel (Caramel Syrup)

Bahan bahan

  • 1 cawan gula putih
  • 1 cawan air panas  
  • 1 sk (sudu kecil) esen vanilla
  • Secubit garam

Kaedah

  • Letak gula dalam periuk dan buka api kecil. Biarkan hingga gula menjadi perang, perlahan-lahan angkat periuk dan gerakkan supaya gula hangus sepenuhnya. Tutup api segera dan gerakkan periuk hingga semua gula telah cair.
  • Masukkan segera air panas dan kacau. AWAS! Ia akan mengelegak dan sangat panas. SILA HATI-HATI.
  • Kacau hingga semua gula larut. Tunggu sejuk seketika.
  • Tambah  esen vanilla dan secubit garam. Bolehlah disimpan dalam botol. Tahan 1 bulan jika dalam petiais.

Enak ditambah dalam minuman latte ice, boba milk tea,farappacino dan sebagainya.

Sirap karamel via google image
Bila sikecil minta caramel vanila frappacino.

Mudah sungguh resepi ini, sangat berbaloi dibuat. Bolehlah disimpan sebagai menyambut kedatangan tetamu yang mungkin datang tiba-tiba. Jangan lupa cuba resepi-resepi lain ya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *