Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sandwich Sedap Terlajak Sedap Gitu

Resepi kali ini merupakan antara resepi yang biasanya dijadikan hidangan diwaktu pagi terutama bagi mereka yang tidak punya banyak masa untuk menyediakan sarapan pagi. Tambahan pula bagi mereka yang tidak boleh terlepas sarapan pagi, bolehlah mencuba resepi ini kerana ianya amat mudah dan sedap. Sandwich ini sedap kerana ia terdiri dari isi tuna dan telur hancur yang dijadikan sebagai bahan utamanya.Ā 

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan, yang boleh anda dapatkan dikedai berdekatan.

Bahan-bahan

  • Roti sandwich
  • Tuna in oil
  • Telur hancur
  • Bawang dadu
  • Cili api
  • Mayonis
  • Salad mak tam
  • Tomato
  • Lobak merah (pilihan)
  • Cheese slice
  • Sapu roti dengan mayonis atau butter, ketepikan.
  • Keluarkan tuna dari tin dan tapiskan ia, masukkan kedalam bekas
  • Campur tuna dengan mayonis dan asam limau atau lemon.
  • Tambah sedikit garam atau serbuk lada sulah.
  • Tambahkan bawang dadu
  • Gaul sebati, ketepikan.
  • Campurkan telur, susu dan mayonis
  • Goreng dan kacau agar ia menjadi telur hancur
  • Tutup api sebelum ia kering.
  • Ketepikan
  • Rebuskan sosej dan belah nipis.
  • Ketepikan
  • Ambil roti yang telah disapu butter tadi.
  • Lapisan pertama letakkan inti tuna lapiskan dengan salad dan hirisan timun
  • Tutup dengan roti kedua.
  • Diatas roti tersebut, ratakan telur hancur dan letakkan sosej.
  • Tambahkan kepingan cheese jika suka,
  • Tutup lapisan ketiga
  • Siap
  • Boleh potong serong atau hidang begitu sahaja.

Sandwich ini dinamakan sandwich sedap kerana ia mengabungkan pelbagai jenis inti didalam satu sandwich. Kombinasi ini memberi rasa yang menarik yang anda harus cuba sendiri untuk mengetahui keenakkannya. Selamat mencuba

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!