Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Trifle Dessert Senang Buat Tak Perlu Oven Pun

author name

📄

Resepi ini merupakan antara masakan pencuci mulut yang amat mudah disediakan. Ianya tidak memerlukan oven atau pengukus, malah bahan yang digunakan amat mudah untuk didapati. Pencuci mulut ini mempunyai 4 lapis iaitu kek, kastad, buah dan juga jeli dan ia juga amat popular kerana amat mudah disediakan serta mempunyai peminatnya yang tersendiri. 

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan dan amt mudah didapati.

Bahan A

  • Kek Gulung

Kaedah

  • Hiris bulat dan susun dalam bekas pilihan anda.

Bahan Puding Kastad

  • 1 tin susu cair + 1 tin air
  • 3 tbsp tepung kastad
  • 4 tbsp gula pasir

Kaedah

  • Campur dan kacau dalam periuk dahulu tanpa api, bila dah sebati baru buka api.
  • Masak sambil kacau hingga adunan meletup-letup baru tutup api.
  • Tuang atas kek gulung tadi

Bahan buah 

  • 1 tin mix cocktail 

Kaedah

  • Susun buah-buahan diatas puding tadi.

Bahan Jeli 

  • 1 kotak instant jeli strawberi

Kaedah

  • Masak ikut arahan dalam kotak.
  • Tuang diatas buah-buahan tadi
  • Sejukkan puding sebelum dihidang.
  • Siap

Selain menggunakan buah-buahan tin, anda juga boleh menggunakan buah laici dalam tin. Begitu juga anda juga boleh menggunakan jeli laici menggantikan jeli strawberi, Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.