Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Ayam As Sufi Katering

Resepi & tips Nasi Ayam as sufi katering

Maaf lambat upload.. bz nau ??

resepi untuk sekor ayam

BAHAN BAHANNYA

Bawang pth, bawang merah, halia, serai, lada besar merah, cili api, limau kasturi, kicap cair, minyak masak, minyak bijan, minyak sapi, lada sulah, daun bawang, daun sup, bawang goreng beli

1-Air rebusan (untuk rebus ayam, buat sup, buat masak nasi)

-rebus ayam sekor dalam air mendidih yg dah dimasukkan bwg putih dan halia blender selama 5 minit
-lpas lima mnit, keluarkan ayam dan tos kan
-salut ayam dengan campuran kicap cair, garam, gula. biarkan ayam kering
-asingkan air rebusan untuk sup dan nasi

2- Nasi

-sukat beras tiga cawan rendam kan dalam air 15 minit
-tumiskan bawang pth 2, bawang merah 1 bj, serai sebtg, halia saiz ibu jari (blend semua bhn) , dengan minyak n minyak sapi dua sudu.
-masukkan beras, air rebusan ayam 3 setengah cawan, tumisan bahan di atas, kiub ayam 1,garam n gula ssedap rasa
-biar kan nasi masak

3- Minyak dan kicap untuk tabur atas ayam goreng

-goreng bawang merah n bawang putih potong halus sampai keemasan
-asingkan minyak n bawang
-campurkan minyak bawang 5 sudu dengan minyak bijan 2 sudu ssedap rasa, biar dalam mgkuk
minyak bijan jangan banyak nau.
– kicap cair, gula, sdikit aji diadunkan,biar dalam mangkuk
kicap akan rasa sedikit masin n lemak

4- Sup

-gunakan air rebusan ayam, masukkan bawang goreng yang dah diasingkan dari minyak bawang, lada sulah, garam, gula, kiub ayam sesedap rasa, daun sup

5- sambal nasi ayam

-blend cili besar 10 biji, cili api sdikit sesedap rasa, halia saiz ibu jari, bwg putih 3 biji.
-masak api sederhana
-masukkan garam, gula, air limau,sedikit sos cili
-masak smpai sedap, mendidih je trus tutup api.
rasa sambal masam manis n pedas

6- Ayam goreng

-goreng ayam seekor dengan minyak penuh
-pastikan minyak panas bila nak masukkan ayam
-kemudian sederhanakan api supaya bahagian dada masak, bhgian dada pling lambat masak
-siap goreng ayam potong dan taburkan bawang goreng beli, daun bawang, kicap campuran n minyak bawang+bijan kat atas ayam..

Tips jangan abaikan
-rendam beras n sukat air untuk dapatkan nasi yang lembut n sedap
-ayam mesti ditoskan untuk dapatkan tekstur garing
-goreng ayam sekor untuk isi yang lembut
-kalau nak kaw sedap kena la tambah aji. huhu
-kicap n minyak bawang n minyak bijan sangat penting untuk serlahkan rasa ayam

dihalalkan share.
kalau ada yang tak paham boleh tanya kat komen
saya akan update kalau ada part yg terlupa

Pemilik resepi : Fb Marzuan Saudagar Katering

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!