Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mee Goreng Low Carb Suai Diet Atkins

author name

Resipi kali ini merupakan resipi yang sangat sesuai bagi pengamal diet rendah karbo. Mee goreng dengan menggunakan konjac ini mempunyai rasa seperti mee kuning sebenar. Tetapi ia sangat rendah kalori dan juga karbohidrat.Ada pelbagai resepi yang anda boleh guna dengan mee kuning konjac ini dan salah satunya ialah mee goreng konjac. Bagi anda yang sedang diet atau yang mengawal kandungan karbohidrat serta mencari alternatif hidangan harian anda apa kata anda cuba resepi ini.

Bahan-bahan  (hidangan 2-3 orang)

  • 1 pek mee kuning konjac
  • 2 ulas bawang putih cincang.
  • 2 tbsp cili kisar
  • 1 tbsp sos tiram
  • Cili sos dan kicap secukup rasa
  • Daging lembu hiris nipis
  • Sayur (pilihan sendiri)

Kaedah

  • Mula-mula keluarkan mee kuning dan celur sebentar dalam air panas dan tos.
  • Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar  hingga naik minyak.
  • Tambahkan daging dan masak hingga ia bertukar warna.
  • Masukkan sos tiram,cili sos dan kicap.
  • Masukkan sayur pilihan anda dan kacau bagi rata.
  • Kemudian masukkan mee kuning tadi.
  • Goreng telur mata jika anda suka sebelum anda hidangkan ia bersama hirisan daun bawang dan juga bawang goreng.
  • Siap!

Jika anda suka seafood anda boleh tambah udang dan juga sotong, begitu juga anda boleh pecahkan telur sebelum anda masukkan mee. Tapi pastikan telur betul-betul masak supaya mee goreng tidak hanyir.Rasa mee ini memang sangat sedap dan sesuai dijadikan hidangan harian juga walaupun harganya sedikit mahal berbanding mee kuning biasa. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.