Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuetiaw Goreng Dengan Udang Sekali Cuba Mesti Nak Lagi

author name

Resipi kali ini merupakan cara mudah menyediakan kwetiau goreng. Kwetiau adalah sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada tepung beras dan ianya sangat lah popular di kalangan masyarakat kita. Kwetiau biasanya dihidangkan ebagai sarapan pagi namun ia juga popular sebagai hidangan supper disebelah malam dan paling popular dihidang sebagi char kue tiaw. Namun perkongsian kali akan menunjukkan cara mudah untuk kwetiau dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • 500 gm kue tiaw (cuci dan toskan)
  • 1 mangkuk taugeh
  • Daun kucai secukupnya – dipotong 1 inci
  • 10 ekor udang sederhana besar (buang kulit)
  • 1 biji tomato – dipotong baji
  • 2 biji telur

Bahan-bahan perisa.

  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sedikit sos ikan

Kaedah

  • Goreng udang hingga masak dan alihkan.
  • Tumis bawang putih yang telah cincang hingga ia naik bau.
  • Masukkan kwetiau dan kacau hingga sebati.
  • Selepas itu masukkan bahan-bahan perisa yang lain.
  • Gaul semua bahan hingga ia sebati dan tambah tauge dan daun kucai.
  • Akhir sekali taburkan udang dan pecahkan telur dan terus masak hingga ia sebati.
  • Masak lagi sebentar dan tutup api
  • Siap!
  • *tak perlu garam kerana kicap dan sos tiram telah cukup rasa.

Hidangan ini amat ringkas kerana tidak menggunakan cili kisar jadi ia sesuai untuk dihidang kepada anak-anak kecil dan orang yang tidak suka makanan pedas. Jadi hidangkan bersama cili api potong tambah kicap cair untuk penggemar makanan pedas menikmati hidangan ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.