,

Resepi Kopi Mocha Latte Mahal Macam Kat Hotel

Oleh:

Resepi kali ini akan membawa kepada anda cara untuk menyediakan mocha latte. Mocha adalah sejenis minuman berasaskan kopi yang digabungkan dengan coklat. Kita biasa mendengar air mocha, seolah-olah ia amat hanya campuran kopi dan coklat. 

Namun sebenarnya mocha yang paling original ialah apabila ia menggunakan air kopi Arabica yang baru dibrew bersama coklat ganache yang premium.

Apapun, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 kapsul kopi Luna Arissto
  • 2 sudu ganache coklat
  • 200ml susu segar

Kaedah

  • Mula -mula tambahkan 2 sudu besar ganache coklat dalam muh pilihan anda.
  • Brewkan 1 cawan kecil kapsul kopi kedalam mug
  • Kemudian panaskan susu dan pukul mengguna frother sehingga berbuih.
  • Perlahan tuangkan susu kedalam mug sehingga memenuhi mug.
  • Siap!

Untuk menyediakan mocha latte, susu perlulah dipanaskan, dipukul menggunakan frother Kemudian jug kecil tersebut perlulah dihentak-hentak agar buih menjadi lebih halus. Ini kerana latte perlulah mempunyai lapisan buih yang nipis dan akan bergabung rasa dengan mocha. Apapun jangan lupa mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]