Resepi Jeruk Petai Sumpah Senang Nak Buat

Resepi kali ini merupakan cara mudah untuk mengawetkan petai menggunakan cara menjeruk petai. Petai meryupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat dinegara Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonbeso, Brunei mahupun Thailand. Di sebalik baunya yang kuat petai sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

Terutama ketika musim petai, lambakannya boleh kita dapati digerai tepi-tepi jalan dengan harga yang amar murah. Oleh itu perkongsian kali iniakan menunjukkan kepada anda cara untuk menjerukkan petai ini agar tahan lebih lama dan kekal rangup. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • 5-6 papan petai
  • 3 ulas cili api merah
  • 2 sudu teh garam
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Mula-mula potong petai agar mudah untuk direbus
  • Tambah air dalam periuk dan buka api
  • Masukkan petai dan rebus sehingga kulit petai bertukar warna 
  • Segera alihkan petai didalam bekas lain
  • Biarkan sehingga petai sejuk
  • Kemudian picit keluar petai dari kulitnya
  • Basuh petai dan toskan sebentar
  • Simpan didalam bekas yang sesuai
  • Tambah air separas petai dan tambah cili api.
  • Tambah garam lebih kurang 2 sudu teh.
  • Tutup bekas dan simpan didalam peti ais
  • Sedia dimakan selepas 3 hari.
  • Siap

Jeruk petai ini boleh dimakan begitu sahaja sebagai ulam ataupun dibuat pelbagai masakan yang menjadi kegemaran anda. Bukan itu sahaja anda juga boleh menjualnya jika mendapat permintaan kerana ternyata petai sentiasa sukar ditolak walaupun ia busuk! Selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *