Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Jagung Manis Kelapa Feveret Zaman Dulu-dulu

author name

📄

Resepi kali ini merupakan satu resepi makanan ringan yang diperbuat daripada jagung manis yang telah direbus. Idea ini timbul apabila tibanya musim jagung dan ada banyak jagung yang berlebihan. Bahan yang digunakan hanyalah 3 sahaja iaitu jagung rebus, kelapa yang diparut dan taburan gula pasir. Kebiasaannya resepi seperti ini diilhamkan oleh orangorang tua kita yang sangat kreatif dalam penyediaan masakan yang sedap dan menarik. Jagung manis kelapa parut ini paling sedap dinikmati sejuk, berikut adalah cara-cara penyediaannya dan bahan-bahan yang digunakan

Bahan-bahan

  • Semangkuk isi jagung rebus.
  • ½ kelapa parut isi putih
  • 1-2 tbs gula pasir.

Kaedah

  • Campurkan semua bahan dan gaul agar sebati.
  • Simpan didalam bekas bertutup dan sejukkan sebelum dihidang.
  • Siap

Bagi peminat jagung manisan ini pasti memikat hati kerana gabungan jagung dan kelapa parut sahaja telah terasa enaknya apatah lagi bila telah ditambah dengan gula. Saya sendiri amayt mengemari ketika kecil dulu, menikmatinya pada usia ini seakan mengamit kenangan kanak-kanak yang sangat manis. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *