Resepi Cucur Oat Simple Je Tapi Sihat Dan Sedap

Resepi kali ini merupakan salah satu resepi yang menggunakan oat sebagai bahan utama. Oat merupakan sejenis makanan bijirin yang amat elok untuk kesihatan. Sifatnya yang tinggi serat mampu memberi efek kenyang yang lama. Terutama bila ia dijadikan bahan utama didalam cucur dan ditambah dengan cili api dan daun bawang. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil soda bika
  • ½ sudu teh garam
  • ½ cawan rolled oat
  • Daun bawang
  • Cili api merah
  • Air suam secukup 

Kaedah

  • Campurkan semua bahan kering
  • Masukkan air suam dan kacau 
  • Biarkan seketika agar oat lembut
  • Masukkan daun bawang dan cili api yang telah dihiris.
  • Goreng dengan minyak yang banyak dan panas
  • Ulang sehingga habis
  • Siap!

Cucur oat ini rangup, ia mempunyai rasa yang amat sedap apatah lagi bila dicicah sos cili Sungguhpun rasa oat tidak digemari ramai orang, namun khasiatnya wajar juga diberi perhatian. Diharap anda akan mencuba resepi ini untuk dijadikan pilihan hidangan keluarga anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *