Resepi Chiaseed Wrap Fold Beef Pastrami Kena Try Kali Ini

Oleh:

Resepi berikut ini adalah hidangan mudah yang banyak digunakan oleh pengamal diet rendah karbo. Chiaseed dikatakan super food kerana manafaat yang terdapat didalamnya. Hidangan kali ini menggunakan chia seed wrap yang boleh dibeli di supermarket. Inti didalamnya ialah beef pastrami bersama cheese moza. Diantara sayur yang sesuai ialah tomato dan avocado.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • Chia seed wrap

Inti

  • Beef pastrami
  • Keju mozarela
  • Avocado
  • Tomato

Kaedah

  • Mula-mula ambil wrap dan letak beef pastrami bersam keju mozarela
  • Masukkan dalam air fryer dan biarkan keju cair seketika.
  • Selepas itu tambah hirisan tomato dan juga avocado.
  • Anda boleh letak sos Thousand Island atau sos lada hitam mengikut selera anda.
  • Lipat dua wrap dan kemudian gril pula di dalam kuali hingga garing.
  • Siap! Boleh dimakan bersama salad jika anda suka.

Dalam menyediakan hidangan sihat sangat penting untuk kawal sukatan sos yang digunakan. Ini kerana biasanya sos mempunyai sukatan gula yang agak tinggi. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]