,

Resepi Asam Pedas Cili Hidup Bawal Emas Sempoi Je

Oleh:

Resepi ini adalah resepi mudah asam pedas ia menggunakan cili hidup ataupun cili merah bersama dengan cili api. Berbeza dengan asam pedas yang biasanya menggunakan cili kering yang dikisar. Asam pedas ini lebih mudah dan penggunaan ikan bawal emas menghasikan rasa yang sangat sedap, ini kerana ia adalah kategori ikan yang mempunyai isi putih dan rasanya lebih manis. Berikut adalah bahan-bahannya. 

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan emas ( bersihkan dan potong 3 bahagian)

Bahan kisar

  • 5 ulas cili merah
  • 5-10 ulas cili api merah (ikut pedas)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Sedikit belacan (kalau suka)
  • Air asam jawa (ikut masam)
  • Bendi atau tomato (kalau suka)

Kaedah

  • Kisar semua bahan kecuali tomato dan air asam.
  • Dalam periuk tumiskan bahan kisar tadi dengan minyak yang telah dipanaskan.
  • Bila dah naik bau tambah air dan biarkan ia megelegak dahulu.
  • Tambah ikan dan sedikit serbuk kunyit kalau suka.
  • Kemudian tambah air asam jawa dan biarkan ia sebati.
  • Tambah garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali baru masukkan tomato atau bendi atau kedua-dua sekali.
  • Bila kuah dan mengelegak boleh tutup api.
  • Siap!

Selain daripada bawal emas anda juga boleh menggunakan ikan bawal hitam, ikan tenggiri ataupun anda boleh gunakan ikan pelaling. Masakan begini paling sedap dimakan bersama sambal belacan dan ulam-ulaman. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa

Tinggalkan komen di sini

[crp]