Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Air Longan Selasih Dengan Buah Asam Boi Buat Pelepas Dahaga

Resepi hari ini adalah resepi minuman dan ianya sangat mudah untuk disediakan. Khusus bagi peminat minuman yang masam-masam manis anda boleh cuba resepi ini. Air longan selasih ini sesuai dihidangkan terutama dibulan puasa ketika berbuka atau ketika cuaca panas. Kombinasi buah longan dan biji selasih sedap dan sangat sesuai dijadikan minuman untuk melepaskan dahaga.

Biji selasih perlu direndam dan guna bila ia telah kembang, biji selasih banyak digunakan dalam minuman seperti air sirap kerana ia mempunyai banyak khasiat. Salah satu khasiat biji selasih ialah menurunkan panas badan justeru tidak hairanlah ia menjadi kegemaran ramai terutama dibulan puasa.Baiklah khusus bagi peminat buah longan dan biji selasih anda boleh cuba resepi ini,berikut adalah bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 tin longan dalam tin
  • Buah asam boi
  • Biji selasih (rendam)
  • Air batu

Kaedah

  • Sediakan gelas dan tambah air batu.
  • Tambah asam boi dan buah longan.
  • Tambah air longan.
  • Selepas itu tambahkan biji selasih yang telah kembang.
  • Akhir sekali tambah sedikit air dan kacau
  • Siap! 

Untuk memberi rasa masam-masam manis saya menggunakan asam boi. Namun jika anda tidak suka anda boleh abaikan penggunaannya. Hidangan ini paling sedap dihidang sejuk jadi jika anda tidak suka ais pastikan air ini disimpan didalam peti ais dulu. Buah longan amat sedap dan lebih rangup berbanding buah laici. Jadi jangan lupa mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!