PUCUK PAKU TUMIS CILI PADI..
BAHAN-BAHANNYA 🙂
2 cekak pucuk paku hijau @ pucuk paku perak, disiang, cuci dan toskan
1 genggam isi udang
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air
BAHAN-BAHAN TUMBUK HANCUR 🙂
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi kampung (che mat guna yang kaler merah dan hijau)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
CARA MEMBUATNYA 🙂
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan sos tiram dan udang, kacau rata dan masak sekejap. Tuang sediki air dan biar mendidih.
Masukkan pucuk paku, besarkan api dapur, gaul pantas pucuk paku tadi. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan telur dadar..